Wednesday, January 31, 2007

Malam tadi telefon mak.. Sembang la itu ini.. since aku adalah anak yg paling jarang telefon dan balik kampung.. hehe..

Mak cerita jiran depan rumah meninggal malam semalam.. Terkejutnya.. Innalillah..
Meninggal lepas 11 hari bersalin di Hospital S*rd*ng.. Anak selamat tapi arwah koma.. bila diperiksa semula, rupa-rupanya ada uri yang tertinggal.. Jadi doktor buat pembedahan untuk keluarkan uri yang tertinggal.. Lepas dah jahit, arwah bleading dengan banyaknya.. so, jahitan bedah tu dibuka semula untuk check apa error.. (mcm mesin pulak).. bila dah buka, check tengok rupanya ada parts (betul ke terms yang aku guna?) yang tak disambung.. sambung balik dan jahit semula luka..

Tapi Allah lebih sayangkan arwah.. Allah beri satu nyawa dan ambil satu lagi nyawa.. Tinggal la anak yang baru berusia belasan hari tanpa sempat mengenal ibu yang mengandungkan dan melahirkannya..

Aku kata kat mak sedihnya dengar.. Mak kata arwah ada 6 orang anak termasuk yang baby ni.. yang sulung perempuan tengah tunggu SPM..

Aku tak tahu lah samada suami arwah nak ambil tindakan undang-undang atau pun tidak.. sebab aku rasa tu macam dikira kecuaian doktor yang mengendalikan kes.. Mak kata dah tertulis ketentuan Allah macam tu.. cuma puncanya saja kadang2 buat kita kesal.. Ntah la..

Harap perkara macam ni menjadi iktibar kepada kita semua..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan di kalangan orang yang bertaqwa.. ameen..

Thursday, January 25, 2007

Ada kejadian yang membuatkan aku tersenyum.. sendirian..


* Indahnya perasaan itu..

Wednesday, January 24, 2007

Bila umur dah meningkat, baru kita rasa ada sesuatu yang dulu kita abaikan kerana terlalu ghairah..

Terasa nikmatnya..

Balik dari pejabat, lebih kurang jam 6.00 aku dah sampai rumah..

Di rumah, aku boleh masak-masak..
aku boleh basuh kain baju..
aku boleh menjahit..
atau aku boleh lepak-lepak tengok tv..

dan malam aku terasa aman tanpa gangguan panggilan telefon daripada orang yang bernama boss..

Ia membuatkan aku lebih gembira dan menghargai saat-saat ini..

Monday, January 22, 2007

..::BAD DAY::..

Terasa teruk sangat bila apa yang kita buat pada satu2 hari tu tak menjadi..

Friday, January 19, 2007

..::HIJRAH::..

Kawan aku diarah pergi majlis Tahlil dan bacaan Yassin sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Negara malam ni..

Semoga ia menjadi titik tolak kepada satu penghijrahan yang lebih baik.. dunia dan akhirat.. Ameen..

Doa aku sentiasa..



* Apakah penghijrahan aku yang seterusnya?..

Thursday, January 18, 2007

..::PILIHAN::..

Pejabat lengang.. Dari 2 floor, yang tinggal tak sampai 10 orang mungkin.. Yang lain? Semua pergi Port Dickson sampai hujung minggu, menghadiri mesyuarat sambil menghabiskan duit rakyat..

Terasa nak ambil cuti esok..
Lawat kawan-kawan di Putrajaya sambil bersama-sama menghabiskan masa rehat mereka yang lama di Alamanda..

Macam mana ya?

Tuesday, January 16, 2007

..::BANJIR::..

* Kawan aku cerita, member pejabat dia kata Johor banjir teruk sebab Ina Naim meNYUMBANGKAN lagu sampai hujan turun tak henti-henti..

* Kawan dekat tapi jauh aku kata Semenanjung Malaysia sekarang dah senget. Dulu-dulu banjir belah Pantai Timur je.. sekarang ni dah terturun ke sebelah selatan..

* Housemate aku kata, tempat lain banjir sebab tanah Kelantan dah terapung sebab penduduknya dah ramai berhijrah ke tempat lain terutama bandar-bandar besar..

* Aku kata tuh kuasa Allah.. KL yang dok tengah-tengah pun boleh banjir.. ini kan pulak tempat yang dikelilingi air laut..

Monday, January 15, 2007

..::CPU vs CPR::..

Haritu aku tengok Buletin Utama..
Berita pasal budak lemas..
Macam biasa, ada la temuramah itu ini..
Dalam satu temuramah dengan pemuda yang menemui mangsa, dengan yakin pemuda tuh bagitau wartawan yang dia telah cuba melakukan CPU terhadap mangsa..
What??? CPU?? hahahaha..
Kalau dia sedar perkataan yang digunakan tuh salah, mesti dia malu besar..
Jauh sangat bezanya antara CPU dengan CPR..

Friday, January 12, 2007

..::TUMPANG GEMBIRA::..

Kawan aku-baru-tukar-kerja-baru-lagi..
Sejak tukar kerja, aku tak de jumpa dan sembang2 dengan dia..
Rabu lepas baru la aku berpeluang jumpa kawan dekat tapi jauh aku tu..

Dari cerita, dia happy dengan kerja baru..
Dia dah dapat apa yang diimpikan dalam bidang kerjanya..

Alhamdulillah.. Mujur la dia happy..
Kalau tiba-tiba dia cakap tak suka atau menyesal
Aku akan rasa susah hati..
Sebab aku rasa turut bertanggungjawab ke atas tawaran yang dia terima dan keputusan yang dia buat..

So, kawan.. aku tumpang gembira..
Dan aku akan sentiasa bagi semangat untuk kau capai target semaksima mungkin..
Aku tau kau boleh..



p/s : Bila nak makan pizza??

Wednesday, January 10, 2007

.::PROSPERITY::.

Tengok iklan McD kat TV..
Teringat kat sorang kawan..
Terus sms ajak temankan makan prosperity burger..
Tanpa banyak bicara dia kata ok..

Pergi makan kat McD dekat rumah je..
Yang best sambil makan boleh tengok roda "Ferris"
dan percikan bunga api dari Taman Tasik Titiwangsa..

Hujan mengiringi perjalanan balik..
Hujan rahmat kah itu?

Friday, January 05, 2007

.::BOSS::.

Semalam..

Kol 5 lebih dia called.. aku x jawab.. mujur sekali je..

Harini..

Pagi-pagi lagi dapat sms.. pesan suruh telefon bila sampai opis.. aku buat bodo je.. sampai opis aku pegi tunaikan kewajipan dulu.. then buat keja simple2 sesambil mengemas.. Kol 9 lebih dia telefon.. aku x jawab.. lagi.. malasnya rasa.. kol 10 lebih baru aku telefon dia semula.. bla.. bla.. bla.. mujur la xde bebelan yang buat kan aku lagi sebal..

Tapi sebelum letak telefon sempat pulak dia tanya

"Semalam saya called kenapa tak jawab?" Boss

"Saya dah balik rumah" Aku

"Kalau dah balik rumah tak boleh jawab telefon ke?" Boss tak puas hati

"Tak boleh" Aku jawab selamba..

"Dulu boleh kenapa pulak sekarang tak boleh?" Masih tak puas hati

"Dulu lain.. sekarang lain.." menjawab lagi..

"Apa yang lainnya?" Nada macam nak marah je..

"Sekarang dah tahun 2007.." Aku tetap menjawab.. then say good bye dan letak telefon..

Tadi..

Driver dia cerita.. rupanya semalam lepas called dia aku x jawab, dia called driver tanya mana aku dan kenapa x jawab telefon.. driver dia pun jawab selamba je suruh boss tengok jam kol berapa.. tentu la orang dah balik..

hik hik hik.. padahal masa dia called tu aku kat pejabat lagi..



* Maaf aku dah berubah hati..

Thursday, January 04, 2007

.::RUMAH BARU::.

Seperti sebelum-sebelum ni..

Tiap awal tahun, aku masuk rumah baru..

Tanpa letak alamat rumah-rumah lama..

Nanti aku nak mintak mana2 arkitek atau kontraktor yang lapang, boleh la tolong renovate rumah aku ni..

Ooohh.. aku bukan saja pindah rumah baru.. aku juga bakal pindah pejabat 'baru'..

Harap tahun yang serba baru ni dapat beri aku semangat baru..

Wednesday, January 03, 2007

.::SELAMAT DATANG::.

Selamat Datang Tahun Baru..

Semoga kehidupan dalam tahun baru berputar dengan lancar...