Tuesday, June 26, 2012

..::INI BUKAN PERNIAGAAN INTERNET::..

Update secara pantas sementara Muhammad tak ada perasaan mahu mengadap komputer.

Di kesempatan yang ada ni saya mahu tanya kepada kawan-kawan dan pembaca blog ni, ada yang mahu pesan thai silk kah? Atau barang lain macam skaf atau bekas tisu. Sementelah saya akan balik bulan depan, insyaAllah, boleh diuruskan.

Saya letak sedikit gambar sebagai panduan ye.


..::pilihan warna dan corak thai silk. Beli 1 RM80, kalau beli 2 RM150.00 ;)::..


..::Ini warna peach yang saya beli sebagai sampel. 2 meter baju, 2 meter kain::..


..::warna ungu 'bolak-balik'. Alaaa yang ada tone warna tu::..


..::bekas tisu. RM10.00::..


..::Pashmina. Yang 2 tone tu memang cantik. Saya ada beli 1 tapi sebab dah packing jadi tak adalah gambar::..


..::Scarf pun lawa-lawa::..


..::Scarf warna gold dan terquoise. Scarf & Pashmina RM18.00 dan RM20.00::..

Kalau ada sesiapa yang berkenan, boleh tinggalkan komen atau email saya di madulebahATgmailDOTcom ye. Untuk batch pertama, tawaran dibuka sehingga pagi Sabtu :). Batch seterusnya masa balik raya dan yang terakhir insyaAllah hujung bulan 10. Cuma batch terakhir tu ruang agak terhad. Terima kasih banyak-banyak.


Friday, June 15, 2012

..::MELAYAN KEHENDAK TEKAK::..

Duduk di rantau orang ni, lama-lama teringat dengan makanan di Malaysia. Saya tak tahu macam mana perasaan orang yang dah lama duduk di luar negara. Mungkin alah bisa tegal biasa. Tapi saya, menjelang bulan ke tiga ni mula teringat itu ini.

Teringat burger depan UiTM Puncak Perdana tu, teringat roti canai Batu 5, roti canai Kampung Melayu Subang, KFC Malaysia, Nando's dan macam-macam lagi. Dan lagi mencabar diri bila asyik layan rancangan masak-masak di TV. Erm sebab itu je rancangan yang seronok dan sesuai ditonton bersama anak, selain daripada layan Upin Ipin.

Baru-baru ni tiba-tiba saya teringat Lontong Klang. Gara-gara baca blog Maya yang pergi makan mee ketam di Seksyen 7. Memang tak ada kaitan pun di antara lontong dengan mee ketam. Tapi memandangkan lokasi kedua-dua restoran tu berdekatan, buat hati teringat-ingat.

Jadi, saya buat cuba masak sendiri kuah lodeh. Saya tak pernah buat sendiri pun walaupun mertua saya selalu buat. Kalau ada dulu zaman belajar tahun 1999 masak dengan kawan-kawan di rumah sewa masa tak balik Raya Haji. Saya google resipi dan pilih resipi dari dapur Mat Gebu. Bahan mudah dan tak renyah.



Ini hasilnya. Saya hidang dengan kuah kacang. Walaupun tak berapa cukup sifat, Alhamdulillah menjadi. Suami makan tak bunyi apa. Muhammad pun nampak suka bila makan bertambah. Tapi kalau ada tempe, tauhu, sengkuang dan sambal sotong memang lagi terangkat. Kot.

Saya kata kot sebab sebenarnya sehingga ke hari ni, masuk hari ke 2 saya tak rasa pun lagi lontong tu. Entahlah.

Wednesday, June 13, 2012

..::BERMANDI PELUH::..



Monday, June 04, 2012

..::LEPAK-LEPAK HUJUNG MINGGU::..

Hari ni Thailand cuti sempena hari Wesak. Setakat ni tak ada plan ke mana-mana pun. Semalam pun seharian di rumah saja. Asalnya memang nak keluar, tapi Muhammad pula tidur lepas dah siap pakai 'baju jalan'. Timing lari, kemudian hujan dah liat jadinya.

Hari Sabtu kami pergi OTOP Tourism and Food Fair di Rajamangkla National Stadium, Ramkhamhaeng. OTOP tu kira macam program Satu Daerah Satu Produk di Malaysia. Mungkin kali ni kawasan yang di pilih ialah Selatan Thailand. Produk semua datang dari Narathiwat. Pakej pelancongan yang ditawarkan pun ke Yala, Narathiwat dan Patani. Hiks. Suami kata tak payah lah pergi. Bahaya. Kan kawasan bergolak tu. Yang seronok ke sini, gerai jualan makanan, semuanya halal. Dan kebanyakan penjual semua pandai cakap Kelantan. Kami borong makanan saja. Nanti saya cerita dalam entry lainlah. Gambar belum transfer. He he..

Ok lah. Entry mencukupkan syarat update. Sebelum tu, jomlah jamu mata dengan aktiviti masak-masak tak seberapa saya sementara jadi suri rumah ni.

..::Kuih yang tak pernah jemu dimakan. Buat banyak dan simpan beku. Ini versi kentang. Kali kedua buat versi sardin. Nyum nyum::..


..::karamel popcorn buat kudap-kudapan petang hujung minggu sambil tengok TV. Muhammad pun suka, ayah Muhammad apatah lagi::..


..::Cantik je kan pancake ni. Saya syak kuali pun memainkan peranan juga. Kat sini tuan rumah sediakan Tefal. Di Shah Alam saya guna cap Idaman Suri saja::..



..::Pizza mee segera yang tak berapa nak garing. Maklumlah saya pakai loyang aluminium yang rupa-rupanya kurang sesuai dengan microwave. Kena guna pyrexlah gini ha ha ha::..


Pagi ni saya masak nasi lemak, sambal ikan bilis, telur mata kerbau dan ulam timun.

Ok itu saja. Selamat bercuti kepada yang masih bercuti. Cuti sekolah, cuti hari Gawai, Tadau Kaamatan dan macam-macam cuti lagi.





Saturday, June 02, 2012

..::KEMUDAHAN YANG CUKUP BERMAKNA::..

Alhamdulillah, berada di Bangkok untuk tempoh yang lama memberi peluang kepada saya mengenali dan memahami budaya luar dengan lebih dekat. Malah, semakin lama di sini, saya semakin biasa dengan persekitaran. Tidak rasa terasing. Dan, yang lebih menggembirakan umat Islam bebas mengamalkan tuntutan agama. Antara mahu atau tidak sahaja.

Pada hari pertama tiba di bumi Thai, dari dalam kapalterbang lagi saya sudah lihat ada 2 buah masjid tersegam indah di tengah-tengah sawah padi. Dalam perjalanan dari lapangan terbang ke rumah pula, saya melalui 4 buah masjid. Dan, rumah yang kami diami juga berdekatan dengan masjid.

Bila keluar membeli belah pula, tak perlu risau kerana pihak pengurusan pusat membeli belah memang menyediakan ruang solat. Saya pernah melalui pengalaman yang sukar di negara jiran. Dan, saya juga pernah terbaca, ada yang menunaikan solat dalam fitting room pusat membeli belah, secara sembunyi-sembunyi. Alhamdulillah, di Bangkok kepentingan umat Islam dipelihara.

Di sini saya kongsikan bersama pusat membeli belah di Bangkok yang menyediakan ruang solat. Ini setakat yang saya sudah pergi lah. Banyak lagi pusat membeli belah yang saya belum sampai. Hiks. Walaupun ruangnya terhad, namun cukup bermakna.

Ini surau yang disediakan oleh pihak pengurusan MBK Center. Terletak di tingkat 6 kompleks berkenaan.

..::Ruang solat dan tempat wuduk yang diasingkan::..


Di The Platinum, ada dua ruang solat disediakan. Yang kami pergi ni di tingkat 5 dan satu lagi di tingkat 2. Ruang terhad. Walau bagaimanapun, sejadah, telekung dan kain pelikat berlipat cantik.


..::Ruang bersekali. Hanya dipisahkan oleh dinding separuh di bahagian mengambil wuduk::..


Terbaharu kami ke Siam Paragon. Sudah menjadi kebiasaan bila ke tempat baru mesti cari directory pamphlet dulu. Selain nak pastikan hala tuju, maklumat kemudahan asas seperti bank, makanan halal dan surau juga boleh diperolehi.

Dan, Siam Paragon menyediakan kemudahan surau di Aras Bawah (Basement) bahagian Selatan. Ruang yang luas, kemas dan selesa.


..::Tempat solat berasingan, namun berkongsi tempat wuduk::..


Ok saya tutup entry ini dengan ucapan tahniah kepada pihak kerajaan Thai dan pengurusan pusat membeli belah. Yang baik kita ambil jadi panduan dan pengajaran, yang buruk kita tinggalkan.. di sempadan.. hehe

Friday, June 01, 2012

..::ALAHAI ANAK OMAK::..


Kerja budak yang tak mahu tidur. Pandai sorok bantal dalam kabinet.


Wednesday, May 30, 2012

..::BAYI TERAPUNG::..



Tuesday, May 29, 2012

..::BILA MAMA RAJIN::..

Hari ni Muhammad yang nak bercerita. Nak tunggu mama, tak tahu bila. Macam sibuk sangat mama tu. He he he. Sebab tu bila mama rajin dan nampak macam ada masa, mama mesti bawa Muhammad pergi main dekat tingkat 5. Kat situ ada play area, ada gym, ada kolam renang, ruang rehat dan taman tempat boleh jalan-jalan.

Dalam play area tu ada macam-macam permainan. Muhammad suka semuanya. Sampai kadang-kadang tak tahu nak pilih main yang mana dulu.

..::Ada keretapi macam-macam bentuk::..


..::Rumah gelongsor ni seronok. Muhammad dah pandai panjat sendiri untuk naik atas::..


..::replika rumah. Boleh berlakon tidur dalam rumah banglo::..




..::Boleh main masak-masak::..


..::Peralatan bertukang macam ayah punya pun ada::..


..::Alat muzik pun ada. Muhammad suka benda ketuk-ketuk keluar bunyi ni::..


..::ooooohhh.. kuda ku lari gagah berani::..


Selain daripada tu, ada set permainan golf yang Muhammad suka. Tiap kali datang sini, mesti tak lupa untuk main golf. Tapi, tak ada pula mama ambil gambar set golf tu. Mama lupa agaknya.

Ok. Cukuplah setakat ni dulu Muhammad tulis. Nanti Muhammad cerita pasal mandi kolam pula ye.

Babai. Muahs





Thursday, May 24, 2012

..::ROTI PISANG SIAM::..

Bila tengok-tengok semula entry sejak datang Bangkok ni, boleh dikatakan kebanyakkannya semua pasal makan. He he he. Kita kan makan untuk hidup. Jadi untuk meneruskan kelangsungan hidup di negara orang ni, kenalah pandai cari makan.

Kali ni saya nak cerita pasal roti pisang. Tak banyak beza sangat dengan roti pisang di Malaysia kerana masih menggunakan bahan asas yang sama, iaitu tepung roti canai dan pisang. Cuma cara persembahannya yang berbeza. Eeerr persembahan? Hiks..

..::Roti pisang siam jual tepi-tepi jalan je::..


..::Pisang yang tebal dan banyak::..


Masa nak order, penjual akan tanya nak telur ke. Tapi kami pilih biasa saja. Tak pernah cuba lagi yang letak telur. Entah macam mana rupanya. Telur di dalam ke di luar, tak tahu lah.

..::Roti yang sudah siap dipamerkan::..


Untuk pengetahuan, roti pisang yang dah siap akan dipotong kecil-kecil, dan susun 2 lapis. Selepas lapisan pertama akan diletakkan susu dan ditabur gula, begitu juga dengan lapisan atas sekali. Cuba bayangkan berapa betapa manis dan berapa banyak kalori yang diambil. Uhuks. Tak baik untuk kesihatan. Jadi kami cuma minta sedikit susu di lapisan tengah sahaja, tidak di permukaan atas, juga tiada taburan gula. Dan, bila begitu roti lebih garing dan sedap. Nyum nyum.

ok. Selamat menjamu selera. ;)



Wednesday, May 23, 2012

..::NAK BERGAYUT LAMA PUN TAK APA::..



Tuesday, May 22, 2012

..::DUA KALI TANYA BARU YAKIN::..

Ini kisah nak cari makan lepas penat berjalan-jalan membeli belah dan mencuci mata dalam gedung fesyen terbesar itu. Dalam directory dinyatakan ada makanan muslim di food court. Pilihan restoran makanan segera juga pelbagai. Ada Mc Donald, Swensens, KFC dan macam-macam lagi. Cuma, perlu dipastikan status halalnya.

Kalau pergi MBK, kami tak risau nak cari makan sebab ada Yana Restoran. Dan sebelum ni masa pergi Chatuchak Market, saya bawa bekal.

Kami ambil keputusan untuk tinjau dulu bagaimana keadaan food court di tingkat 6 The Platinum. Dan seperti sedia maklum konsep food court, pinggan mangkuk sudu garfu semuanya berkonsep gunasama. Jadi, tak ada pilihan lain kecuali KFC. Sebab saya tengok boleh dikatakan kebanyakan muslim semua makan KFC.

Namun, untuk menyedapkan hati sendiri saya tanya pekerja KFC yang lalu sewaktu saya beratur. "HALAL?" Dia jawab sambil angguk "HALAL". Ok. Tapi hati tetap ragu-ragu sebab budak tu bermata sepet. Haha. Tak lama lepas tu lalu seorang lagi pekerja yang berkulit hitam manis. Saya tanya lagi. "HALAL?" Dan, nak dijadikan cerita sewaktu saya tanya tu, budak bermata sepet tu lalu juga dan dia sebenarnya yang dengar soalan saya. Ha ha ha. Dia pandang saya dengan pandangan yang eeerrr.. hiks, kemudian tepuk bahu kawannya itu sambil bercakap dalam bahasa siam. Budak kulit hitam manis tu pun pergi belakang kaunter keluarkan satu kertas macam sijil halal dan tunjuk kepada saya. Alhamdulillah, lepas dua kali tanya barulah yakin nak makan. Sebenarnya kalau pihak pengurusan gantung sijil tu kan mudah. Macam pihak pengurusan restoran makanan segera di Singapura.

Pilihan menu yang ada tak sama dengan apa yang ada di Malaysia. Apa yang ada kita makan saja. dan pesan melalui gambar yang tertera. Main tunjuk-tunjuk. Budak di kaunter tu tak berapa boleh berbahasa Inggeris dan kami pula tak berbahasa Thai. Jadi memang agak susah nak explain.

..::Saya makan nasi putih dengan kerabu ayam goreng yang pedas dan masam::..


..::Suami makan 2 ketul ayam::..


..::Fries datang bersama 2 ketul ayam, mashed potato dan shrimp ring tu kena beli berasingan::..


Meraka tak ada pilihan set yang banyak macam di Malaysia. Air pun cuma ada pepsi dan 7-up. Air boleh tukar dengan mineral water. Tak ada milo tak ada ice lemon tea.

Err banyak bunyi pula kan. Syukur Alhamdulillah ada makanan jika nak dibandingkan dengan orang yang kebuluran tu. #insaf#.

Jadi selamat menyambut bulan Rejab. Semoga kita dapat menikmati Ramadhan tahun ini, InsyaAllah.











Monday, May 21, 2012

..::THAILAND LARGEST WHOLESALE FASHION MALL::..

Hujung minggu kalau tak keluar, memang tak sah. Tak keluar hari Sabtu sebab ada perhimpunan Kumpulan baju merah, kita keluar hari Ahad. Kali ni kami ke The Platinum Fashion Mall, Thailand Largest Wholesale Fashion Mall.


Sebenarnya Platinum ni tak jauh pun dari rumah. Lebih kurang 15 ke 20 minit atau mungkin 30 minit. Tapi pemandu teksi yang bawa kami tu sudah memutar belitkan laluan. Dah la bawa macam nak berlumba. Sekejap break, cilok sana sini, tarik hand break macam nak drift pun ada. Lepas tu bawa masuk ke celah-celah lorong entah mana hala sedangkan pada asalnya bangunan tu cuma beberapa kilometer saja di hadapan. Alasannya jalan depan tu sehala. Padahal sehala tu adalah asalnya dari laluan yang sama dilalui dari rumah. Selamat sampai depan Platinum dengan rasa meloya nak muntah pening kepala. Oh apa pun ia tak menghalang kami untuk berjalan mengukur pusat membeli belah itu. Hiks..

Ini sebahagian gambar yang ada. Sebenarnya perasaan membara nak ambil gambar cuma muncul bila dah hujung-hujung berjalan, di bahagian kasut dan beg kulit. Mula-mula jalan di bahagian pakaian. Memang rambang matalah. Dan kalau beli secara borong, memang boleh dapat harga murah sebab tu namanya wholesale fashion mall kan.



Macam-macam rekabentuk kasut ada. Dan ini antara yang menarik perhatian.




Ni pula himpunan boot. Dari sekecil saiz sehingga sebesar saiz. Kalau berangan nak ke negara sejuk dalam masa terdekat, mungkin boleh sambar satu atau 2 pasang.



Tapi kena beringat dan pandang betul-betul sebelum pegang mana-mana kasut kulit yang berkenan di hati. Kasut yang diperbuat daripada kulit b4b1 memang banyak.

Jadi jangan tersilap langkah. Anda pengguna bijak ;)













Sunday, May 20, 2012

..::AUTHENTIC MALAYSIAN RESTAURANT::..

Mari kita teruskan pencarian makanan halal di bumi Bangkok. Sebenarnya bila dah lama di sini, baru terasa oh tak la susah sangat nak cari tempat makanan halal. Ada banyak pilihan. Kalau suka makanan arab, kawasan Nana adalah tempatnya. Juga dikenali sebagai Arab Street.

Minggu kedua di Bangkok, kami pergi ke Restoran Cili Padi. Terletak di Silom Soi 14.


Di restoran ni memang senang sangat nak jumpa orang Malaysia. He he he. Dan memandangkan tagline restoran ialah authentic Malaysian restaurant, jadi janganlah expect untuk menikmati hidangan tomyam Thai macam yang saya makan di Yana.

..::Tomyam campur::..


..::Tauhu masak halia::..


..::Sotong goreng tepung::..


..::Bandung cincau dan teh tarik::..


Harga makanan di sini boleh dikatakan agak murah dan berpatutan. Cuma, ia terletak agak jauh dari tempat tinggal kami di Thonglor. Tapi, sesekali mencuba apa salahnya.