Friday, October 26, 2012

..::SALAM AIDILADHA::..

Salam Aidiladha daripada saya sekeluarga. Mungkin inilah pengorbanan. Beraya di perantauan yang tak ada langsung suasana raya sebab jauh dari komuniti muslim. Tak ada ketupat, tak ada rendang atau juadah-juadah raya yang lain. Bukan apa, nak sediakan sendiri pun tak berbaloi, tak ada peralatan, tambahan pula minggu depan dah nak balik jadi bahan mentah dalam peti memang terhad sangat.

..::ok lah ada nasi impit dengan kuah kacang. hehehe::..

Ada kawan jemput datang beraya rumah dia, tapi suami kerja. Nak pergi sendiri naik teksi dengan perut 6 bulan dan budak 2 tahun tu, tak tahu lah macam mana gayanya. Jauh juga dalam 1 jam perjalanan. Tengoklah macam mana nanti.

Hmmm.. apa pun, semoga segala pengorbanan kita diredhai Allah. Tak lupa juga, ampun maaf dipinta.

Wednesday, October 24, 2012

..::1 MINGGU::..

Sedar tak sedar tinggal 1 minggu lagi cuti tanpa gaji saya nak tamat. Bermakna ada seminggu lagi untuk saya berlapang-lapang di negara orang. Tak ada rezeki nak merasa cuaca sejuk kat sini. Balik 31 Oktober. Ambil cuti 2 hari dan mula kerja insyaAllah 5 November. Banyak benda nak kena uruskan dulu. Road tax kereta dua-dua pun mati. Muhammad nak kena latih pergi sekolah semula. Nak kena sediakan bekal juga. Dan paling utama saya kena adjust masa betul-betul. Semoga dipermudahkan semua urusan.

Semalam jemput tuan rumah sekeluarga datang makan tengahari. Saya masak nasi ayam, goreng wages, teh-o lemon dan buah betik potong. Kemudian buat kek cokelat kukus sebagai buah tangan untuk tuan rumah. Tapi satu gambar pun tak ambil. Terlupa pun ya, penat pun ya. Diaorang dah balik baru teringat dan cakap kat suami tak ada ambil gambar pun. Bab gambar-gambar ni memang saya je, suami bab kemas rumah dan bancuh air, itu dia yang uruskan.

Hujung minggu baru ni pergi Pattaya, balik hari. Penat juga. Entry nanti saya tulis. He he he. Banyak juga entry tertangguh. Memang silap-silap saya dah balik Malaysia pun, entry Bangkok tak habis-habis juga. Tak apa lah saya buat pelan-pelan ya.

Ok. Selamat hari Raya Aidiladha untuk semua yang menyambutnya.

Friday, October 12, 2012

..::DILEMA PENYUSUAN::..

Beberapa hari lagi Muhammad genap 2 tahun, dan Muhammad masih menyusu, walaupun dah tak sekerap dulu. Minta susu bila mahu tidur sahaja.

Yang menjadi dilema pada saya sekarang, bukan umur Muhammad. Tetapi bila menyusu dalam keadaan mengantuk, Muhammad cenderung menggigit. Sedangkan kena gigit dengan gusi pun sakit inikan pula gigi penuh. Bila dilepaskan (tentu sekali secara terpaksa) Muhammad akan menangis, merembes air mata, sayu dan tangan akan meraba-raba mahu menyelak baju mencari susu.

Serius, saya sedih. Bila dipeluk, pujuk dan beritahu mama sakit, Muhammad meronta-ronta minta dilepaskan. Dan, ia menambahkan lagi dilema saya.

Alhamdulillah saya tak ada masalah menyusukan ketika mengandung, tapi tu lah, dilema dek kena gigit dengan Muhammad. Alahai.

..::KE ARUN-AMARIN::..

Entry ni dah lama dalam draft. Kejadian pun 2 - 3 minggu lepas. Sebab dah lama jadi saya edit itu ini biar cerita terus tak payah bunga-bunga pembukaan.

Macam biasa cerita pasal makan-makan. Kali ni kawan sekerja suami yang bawa. Sebelum ni memang dia pernah janji nak bawa pergi makan malam, tapi tak jadi sebab Bangkok sekarang ni petang-petang mesti hujan lebat, dan dia dah sangkut dalam jem masa dalam perjalanan nak jemput kami. Jadi, dia ganti dengan ajak makan tengahari. Kebetulan memang haritu kami anak beranak tengah lepak lepas bawa Muhammad jalan-jalan pergi mini market dekat rumah.

Kawan sekerja suami ni memang Islam, nama Aziz dan ada anak lelaki 2 orang. Dah besar pun, seorang 10 tahun dan seorang lagi 13 tahun. Isteri Aziz kerja luar negara. Saya tak pasti apa nama kerjanya sebab tak berapa jelas sebutan English Aziz, tapi macam kerja dekat lapangan terbanglah.

Eh, tadi kata nak cerita terus tapi dah 3 perengggan juga pembukaan hehehe. Ok, tempat makan ni agak jauh juga dalam satu jam perjalanan dari rumah. Kami memang tak ada idea di mana tempat ni sebab memang tak pernah lepas langsung. Kawasannya nama Arun-Amarin.

..::E-sarn Fungdhon Restaurant::..

Kemas, cantik dan bersih restoran ni. Tandas pun bersih dan ada tempat ambil wuduk berasingan. Bilik solat disediakan di tingkat atas.

Sebab Aziz anak beranak belum makan dan kelaparan maka terus minta menu dan pesan. Kebanyakkannya Aziz yang pesan sebab menu pun dalam bahasa Siam.

..::Tomyam::..

..::Daging Salai::..

..::Tak tahu apa namanya, tapi ini isi ikan hancur yang digoreng. Saya pernah tengok dalam rancangan masakan di sini. Cicah dengan air asam mangga. Sedap. Dah habis 1 set, Aziz pesan lagi 1 set::..

..::Lidah lembu goreng. Ini pun Aziz pesan 2 kali::..

..::Soft Shell Crab::..

..::Orang Malaysia makan nasi, orang Siam makan pulut::..

..::pencuci mulut. Pesan 1 saja kongsi dengan suami::..

..::pinggan mangkuk yang dah licin::..

Oh, ini rahsia bagaimana kami dapat menikmati makanan dengan tenang dan selesa ihiks.


Alhamdulillah, makanan sedap, restoran bersih, pelayan pun mesra dan cekap. Sambil makan isteri salah seorang pemilik restoran datang sembang-sembang dan bagi kad perniagaan. Jadi, lain kali nak datang mudah lah. Tunjuk saja kad pada pemandu teksi.


Terima kasih kepada Aziz yang bawa kami jalan-jalan cari makan dan tentu sekali belanja makan. Lepas makan dan solat Asar, Aziz kata mahu bawa jalan-jalan lagi. Ke mana kita? Nanti saya tulis entry lain.

Babai :)


















Tuesday, October 09, 2012

..::3 HARI 2 MALAM::..

Balik Malaysia 3 hari 2 malam
Banyak habis masa dalam perjalanan
Apa pun tak terasa
Melainkan penat belaka



Saturday, October 06, 2012

..::CERITA AYAM::

Kalau di Malaysia, bila beli ayam seekor dan minta potong kecil, selalunya yang saya tahu paling kecil ialah potong 16. Mungkin nak kecil lagi boleh potong 18 kot.

Tapi di sini, ini yang saya dapat bila minta potong kecil.


Yang tinggal hanya sebesar 1 inci setiap potongan. Istighfar sajalah masa bersihkan dan nak asingkan isi dengan tulang.


Suami pesan, lain kali tunggu jangan pergi mana-mana masa beli ayam walaupun kedai sayur kat sebelah.

Hmmm.. Lain padang, lain belalangnya kan.



Friday, October 05, 2012

..::DIA BUAT LAGI::


Dua hari berturut-turut terlentok di kerusi. Apa-apa sajalah Muhammad.

Thursday, October 04, 2012

..::MACAM NI PUN BOLEH::..



Ini la akibat tak mahu tidur pada waktu yang sepatutnya. Sekejap je saya tinggalkan pergi tandas, keluar bilik tengok dah terlentok.

Mujur juga hari ni, walaupun tak tidur Muhammad tak meragam. Mungkin sebab asyik makan saja. Itu yang sambil makan pun boleh tertidur. Apa lagi saya pun ambil camera dan rakam buat kenangan. Memang nyenyak sungguh sebab masa saya cuba nak dukung bawa masuk bilik pun dia tetap macam tu.

Dan, tak pasal-pasal terus jadi bahan blog. He he he.