..::APA YANG SEMUA ORANG SUKA DAN TAK SUKA::..
Hari Sabtu lepas. PDRM buat satu tawaran. Sempena pembukaan Kaunter Trafik di gedung membeli-belah The Curve.
Tengok saja berapa ribu orang yang beratur. Seawal 8.00pagi kawasan ni dah dibanjiri manusia. Kaunter hanya mula dibuka jam 10.00 pagi. Yang menyedihkan, hanya 1 kaunter bayaran dibuka. Memang ramai yang maki kebodohan polis. Ha ha ha..
Ini perkara gila yang kedua pernah aku buat, selepas yang pertama kali dulu, beratur untuk beli kek di kedai Resepi Rahsia.
Hanya untuk dapatkan potongan 50% untuk bayaran saman, aku beratur dari jam 11.00 pagi hingga jam 6.50 petang. Aku ada 2 saman had laju yang setiap satunya bernilai RM300.00 ya.
OK. Ini pula perlakuan sumbang orang Melayu, Islam tentunya, di khalayak awam. Ketika orang ramai sedang beratur untuk melunaskan saman masing-masing.
Kalau kamu sudah tidak tahan, pesan saja kepada orang yang di depan dan belakang kamu. "Tolong jagakan tempat kami ya, kami ada sedikit kerja. Mungkin akan kembali selepas 2 - 3 jam". Dan pergilah daftar masuk ke Hotel Royale Bintang Damansara di sebelah itu.
Sebagai membalas dendam dan menghargai jasa kaki aku beratur sebegitu lama. Aku jamu perut yang tidak diisi sejak pagi dengan hidangan di restoran yang entah bila lagi aku nak masuk.
Terima kasih kepada potongan bayaran saman. Kerana kamu, aku dapat bayar harga makanan di Marche.
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
15 comments:
seronok dia ...
UuuUUUuUuuuuu..Marche. Tak pe nida..nanti ko pegi lagi tu.
dengan aku la ofkos. kekeke.
patut bawak kerusi sekali... hehe..
uwaaaaa byk gak saman akak..
duk serdang pun kena saman ke :p
apa kes kunci tinggal?
cmne terselamat?
hahahah
BRO PO :
Tak faham... Adakah entry ini menggambarkan keseronokan saya?
SALINA :
Ha ha ha.. tapi sekarang ala carte la.. buffet itu sudah tiada promotion.
TASIK MERAH :
Bukan salah orang ramai.. Salah polis yang buka 1 kaunter saja
DIN :
Sejak akak duduk Seri Kembangan la baru akak ada saman speeding tau!!
Akak tak suka highway Seremban - KL yang had lajunya cuma 80km/j. Tapi nak buat macam mana, hari-hari kena lalu situ juga.
Entry kunci sudah lepas. Sila komen di tempat yang berkenaan.
hahahahah: jangan seminggu dua lagi ada sampai yag baru kat umah mak dah la.hahahahahaha
KIMI :
Ha ha ha.. haritu masa dok Q aku komplen kat polis pasal had laju kat highway Seremban - KL tu.. Polis tu gelak saja..
Kena tukaq speedometer daripada analog kepada digital. Klau diperatikan dikenakan saman sbb 1 atau 2 km dari %had yang dibenarkan. KLau highway dibenarkan hingga kelajuan 120 kmph. Tetapi bila kelajuan hang masa dia tembak tu 121 kmph, hang kena samanlah walaupun hang kata masa hang bawa kete tu meter hang menunjukkan 120 kmph.
EP :
Ha ha ha.. itu lah yang bahayanya..
Tapi haritu masa dok beratur polis dok tegur; katanya ramai yang bawak laju-laju ni pemandu wanita.
ha ha ha
dapat tgk wayang free la pulak..eheeh
MAMA SHAHMI :
Eh, junior akak ye ni? he he he..
Orang tak tengok pun depa buat wayang
Lagi orang tengok lagi rancak depa punya aksi..
UUhh.. bestnya marchee. dah lama tak pergi.. bestnya. bestnya. cuti nanti nak pergi marchee lah! Uuhh. Bestnya...
sempat jugak ek snap gambar2 tak senonoh tu yer...hehe
He, he, he
Kalau couple itu suami-isteri mcmana? Kan, kan, kemesraan namanya.
Tapi wife aku berani bet itu mesti bukan suami-isteri, Kalau suami-isteri mesti duduk sedepa jauhnya.
Ye ke?
Lukmanw
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
AZISAZAHAR :
Berdiri beratur berjam-jam.. snap gambar tu berapa saat je..
ha ha ha..
LUKMANW :
Kalau suami isteri, baru kawin, paling kuat pun pegang tangan dan paut-paut pinggan.. kot..
Kau pun dah kawin kan. Ader kau nak beraksi macam tu di khalayak ramai? Baik balik rumah..
Ha ha ha..
Post a Comment