Muhammad dah nak masuk 5 bulan.
Sebulan lepas saya agak risau bila Muhammad poo warna hijau. Pekat macam pandan. Musykil dengan apa yang berlaku, saya telefon kaunselor laktasi untuk minta pandangan. Oh, rupa-rupanya Muhammad tak dapat zat susu yang sepenuhnya. Tabiat suka tukar-tukar susu bila menyusukan jadi punca. Mungkin sebab terpengaruh dengan mitos yang mengatakan sebelah kanan nasi, sebelah kiri air. Kata kaunselor laktasi sebenarnya tidak. Kedua-dua belah pun air dan nasi. Jadi saya kena ubah pattern penyusuan. Alhamdulillah lama kelamaan keadaan kembali seperti biasa. Muhammad pun nampak kembali ceria.
Cuma, baru-baru ni pergi klinik Doktor bagitahu Muhammad mengalami masalah eczema. Mungkin mula jadi masa Muhammad tak dapat zat susu sepenuhnya dulu sebab kalau nak dilihat dari segi keturunan macam tak ada pula. Satu cabaran bila kulitnya sangat sensitif. Muhammad cepat rasa tak selesa bila berpeluh dan sedikit kepanasan. Mula nak menggaru dan kemudian mengelupas:( Mandi pun kena guna produk khas untuk jaga kulit.
Dalam perkembangan lain Alhamdulillah sangat baik dan memberangsangkan. Mulut memang rajin bersembang. Mengekek ketawa bila diagah. Suara pun kuat. Bergema rumah kalau dia 'bercakap'
Muhammad dah pandai gunakan tangan dan kaki. Mula-mula cabut sendiri sarung tangan yang dipakai. Kemudian sarung kaki pula dia nak cabut. Sebab kaki cepat sejuk saya pakaikan Muhammad food finder supaya boleh merangsang kebolehannya lagi.
TQ Auntie Marliza bagi Muhammad toys ni ;) Muhammad suka sangat.
Oh, Muhammad dah mula meniarap. Yeay!! Teruja sangat, sebab Sarah anak Mat Jan yang lagi muda dah meniarap masa umur 3 bulan. Tapi saya tetap positif dan bagi sokongan kepada Muhammad.
Agak terkial-kial lagi sebab belum pandai sangat nak alihkan tangan yang tersepit di bawah dada. Tapi setakat semalam nampak dah mula ada peningkatan. Asal letak mesti nak bergolek. Tak sabar nak tengok perkembangan Muhammad.
Dan, nanti saya update lagi. Mungkin seminggu satu entry? ;)
Jalan2 Cari Makan
4 years ago
1 comments:
eh muhammad dan aleesya sebaya lah ek?.
Post a Comment