Saturday, January 01, 2011

..::TAHUN BARU 2011::..

Sedar tak sedar dah nak berlalu hari pertama dalam tahun baru. Mungkin sebab 1 haribulan tahun ni jatuh pada hari Sabtu. Tak terasa cutinya. Dan bagi saya yang memang tengah bercuti lagi tak terasa apa-apa. Yang terasa cuma lagi 2 minggu saya akan mula bekerja.

Sebut pasal kerja, saya kena mula berlatih dengan rutin yang baru. Hampir 3 bulan saya bersenang-lenang. Nanti saya kena bangun lebih awal daripada biasa. Nak siap-siapkan anak dan hantar ke pusat jagaan lagi. Lepas tu nak kena pergi pejabat pula. Hmmm.. Bila dah duduk rumah lama-lama macam ni, terfikir pula nak berhenti kerja. He he he.. Tapi tu cuma angan-angan saja. Komitmen banyak jadi tak boleh senang-senang nak berhenti kerja.

Jadi, sempena tahun baru sematkan azam dan tekad untuk terus positif dan maju dalam segala perkara yang dilakukan dunia atau akhirat, InsyaAllah. Sesungguhnya masa semakin pantas berlalu. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok yang tiada kepastian lebih baik daripada hari-hari yang telah kita tinggalkan.

Selamat tahun baru 2011 untuk semua.

4 comments:

@LiYaNNuaR said...

salam tahun baru... dah mula bekerja? semoga sihat dan ceria semuanya...

deAnza-wAnda said...

hye snggah n follow...

bno.sabakbernam said...

salam akak. nk link blog ni. tlg link juga blog kami. tk.
(nursyazalina).
suggest by: akudenanz.blogspot (ayh saya).

CIKU said...

naper lama tak menulis..duk tungu gak entry baru..huhu