Salam Aidiladha daripada saya sekeluarga. Mungkin inilah pengorbanan. Beraya di perantauan yang tak ada langsung suasana raya sebab jauh dari komuniti muslim. Tak ada ketupat, tak ada rendang atau juadah-juadah raya yang lain. Bukan apa, nak sediakan sendiri pun tak berbaloi, tak ada peralatan, tambahan pula minggu depan dah nak balik jadi bahan mentah dalam peti memang terhad sangat.
..::ok lah ada nasi impit dengan kuah kacang. hehehe::..
Ada kawan jemput datang beraya rumah dia, tapi suami kerja. Nak pergi sendiri naik teksi dengan perut 6 bulan dan budak 2 tahun tu, tak tahu lah macam mana gayanya. Jauh juga dalam 1 jam perjalanan. Tengoklah macam mana nanti.
Hmmm.. apa pun, semoga segala pengorbanan kita diredhai Allah. Tak lupa juga, ampun maaf dipinta.
1 comments:
Salam... fuhh sib baik ada lg blog nie. dah bersalin? apa khabar babynya? Berblog lg x? jom laa kita blog lg. huhuhu...
>> www.mybearstory.com
Post a Comment