Beg nak balik dah kemas. Sebulan dah kot. Sebabnya tiket asal 7 Julai haritu. Tiba-tiba suami ada kerja yang kena selesaikan dulu, jadi terpaksa tukar tiket. Balik Jumaat malam. Sampai KLIA tengah malamlah sebab 1 jam perbezaan waktu. Terus ke Seremban sebab kereta ada kat sana.
2 buah beg besar memang dah padat. Tinggal 1 beg kecil yang boleh bawa naik atas kabin belum siap packing. Itu untuk isi kain baju yang nak pakai sehari dua sebelum balik Shah Alam. Cukup lah tu.
Oh, sesiapa yang ada kirim barang, bolehlah buat pembayaran sekarang dan tinggalkan nombor telefon serta alamat di email. Masa sangat terbatas jadi saya tak pasti sempat ke tidak untuk jumpa-jumpa dan pass barang. Mungkin sempat kalau kawasan anda terletak sekitar Seremban, Shah Alam dan Parit Buntar. Kalau tak sempat, saya akan pos barang anda. Kepada yang sudah buat pembayaran, terima kasih banyak-banyak.
OK, sampai jumpa lagi.
7 comments:
Beg deuter!!!
Selamat kembali ke Malaysia kak!
KEHELAN :
Eh lama awak tak komen :p..
nak kirim beg deuter ke??
kain2 cotton hangpa yang dengan kami ini bagaimanalah mau diberi?
nak amik kat BNM, taiping ataupun nak kami pos kan ja?
MYA :
owh yang tu nanti kami contact hangpa no.. best best.. terima kasih banyak2 no.. cayang hangpa ihiks.. :p
thai silk kaler biru tu sgt cantik....huhuhu..
ATAM :
Itu dah ada orang punya..
ada sepasang available tp yg kain bercorak.. lawa gak..
Post a Comment