Tuesday, January 31, 2012

..::MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI::..

Saya teringin nak memiliki mesin jahit.

Bukanlah pandai sangat menjahit, tetapi sekadar perkara asas yang saya rasa perlu juga ada dalam sebuah rumahtangga. Untuk jahit perkara-perkara mudah, dan mungkin kadang-kadang kita boleh menguji kemahiran dan kreativiti.

Ok, memang boleh jahit guna tangan, tapi-kan perlu masa yang lebih. Dah ada anak yang semakin membesar ni tahu saja-lah. Sebab tu dah lama saya tak menjahit manik. Hi hi alasan.

Saya suarakan keinginan kepada suami. Dia tanya saya semula "bila U nak menjahit?"

"Bila dah ada mesin nanti, I menjahit la. He he he" Saya jawab mudah.

"Hmmm.. Tak la tu." jawab suami selamba.

Dan, hakikatnya selepas 2 tahun jadi menantu, mak mertua pun tak pernah pula menawarkan semula mesin jahit untuk dibawa pulang.

Ha ha ha.

1 comments:

Anthony Frost said...

Ketika aku masih kecil, saya selalu mendapat masalah. Saya belajar cara menjahit karena saya selalu berakhir merobek sesuatu.
birth defects from prozac