Friday, April 16, 2010

..::DENGGI MEMBUNUH::..

Beberapa minggu yang lepas negara dikejutkan dengan kehilangan Arwah Din Beramboi yang disyaki dijangkiti denggi. Walaupun ada beberapa cerita yang mengatakan arwah terkena virus kencing tikus. Wallahu'alam.

Pagi tadi terjaga daripada tidur saya ternampak ada SMS di telefon. SMS daripada kawan saya sewaktu di sekolah menengah. Memaklumkan seorang rakan telah meninggal dunia akibat serangan denggi.

Saya ingat-ingat lupa siapakah arwah memandangkan saya hanya bersekolah di situ sehingga tingkatan 3 dan kami juga berada dalam kelas yang berlainan. Lalu pagi ini saya buka laman Facebook. Dari rangkaian kawan lain juga mesej yang ditinggalkan oleh seorang rakan di 'dinding' saya buka laman Facebook arwah. Dari situ baru saya tahu arwah juga meninggal dunia bersama kandungan sulung yang berusia 8 bulan. Sedih bila mengenangkannya.

Denggi dan nyamuk aedes dianggap sebagai 'musuh dalam selimut'. Dalam akhbar semalam saya terbaca pernyataan daripada Ketua Pengarah Kesihatan bahawa demam denggi ini boleh dilabelkan sebagai virus 'bijak' berikutan kehadirannya dalam sistem darah manusia tidak menunjukkan sebarang gejala yang sama. Jadi sekiranya mengalami simtom yang berkaitan cepat-cepat dapatkan rawatan doktor agar pencegahan awal dapat dibuat. Mudah-mudahan kita juga mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku di sekeliling.

Al-Fatihah untuk arwah Zamzarina dan anak sulung beliau. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh para solihin. Dan semoga suami serta keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini.

4 comments:

Pishaposh said...

Salam.

Nida, what a small world ... arwah kawan you tu adalah isteri kawan saya ... Memang sedih rasanya.

Al-Fatihah untuk arwah dan bayinya.

P/s: I've been your silent reader for years ... tp baru hari ni terasa nak komen =)

Salam singgah.

Rin said...

betul! kalau demam trus pegi dapatkan rawatan. jgn lepak2 kat rumah jer.. abah sy asalnya takmau gi klinik. mujur termakan paksaan anak2. rasanya lepas 17 hari di hospital beliau tentu serik..

Amyz! said...

:( sedihnya berita ni
Al-Fatihah. Takziah utk keluarga beliau. :(

Cikgu Zam said...

salam,
Alfatihah buat arwah