Hari Khamis malam Jumaat, lebih kurang 3 minggu lepas, Muhammad dok sebut perkataan kakak sambil tunjuk-tunjuk. Banyak kali. Seram jugak saya. Manalah tahu kalau-kalau Muhammad ternampak 'kakak' di sekitar rumah. Mujur juga haritu ayah balik kerja awal. Tak lah takut sangat saya ni hehehe.
Sebab tak nak fikir benda negatif, saya sibukkan diri layan kehendak Muhammad. Main dengan dia, suapkan makan, ajak dia kawan dengan baby dan macam-macam lagi. Walaupun, Muhammad masih lagi sebut kakak.
Perkara ni berlarutan. Sampai la pada satu hari saya tersedar sesuatu. Kakak yang Muhammad sebut-sebut tu adalah merujuk kepada saya. Rupa-rupanya Muhammad panggil saya dengan panggilan kakak. Macam kakak-kakak di Taska. Uhuks. Sabar sajalah.
Saya beritahu Muhammad, di rumah ada ayah, mama, abang dan adik. Pandai pula dia ikut dan sebut ulang-ulang kali. Tapi bila mahu sesuatu daripada saya, kakak lah yang dipanggilnya. "kakak, bola" "kakak, susu" "kakak, roti" "kakak, TV" sehingga sekarang.
Aduhai anak.
Mama nampak macam kakak lah. hehehe... |