Wednesday, May 02, 2012

..::ALI MEE HALAL::..

Hari pertama, sampai rumah dah nak Maghrib. Sini Maghrib jam 6.30 petang. Penat-penat dengan jetlag lagi, siapalah yang rajin sangat nak masak kan. Jadi, suami beli saja makanan di luar.

Gerai nama Ali Mee Halal. Depan masjid dekat dengan rumah. Tapi gerai ni tidak terhad jual mee saja. Ada nasi ayam, daging dan ada juga jual pau.

Tekak orang Malaysia, mesti nak nasi. Jadi ini hidangan pertama saja di Bangkok. Saya anggap ini nasi ayam gaya Thai. Nasi putih, sup, kicap, sos, ayam panggang, telur rebus, sawi celur, timun dan jeruk halia.


Suami beli juga kuih pau. Tapi terlupa pula nak ambil gambar. Alaa lagipun kuih pau semua orang kenal. Sama saja negara mana pun.

Minggu lepas on the way nak ke pasar mini kami singgah lagi gerai Ali Mee Halal ni.

..::2 orang kakak cantik yang jaga gerai::..


..::Gerai. Saya cuba masuk website yang tertera, memang wujud. Cuma dalam bahasa Thai. Saya agak ia fraichais::..


..::Menu dan harga. Juga daging yang digantung. Tak faham apa yang ditulis. Nak beli kami tunjuk gambar. Ngee::..


..::Kuih pau. Kan saya dah kata sama saja dengan tempat lain::..


Okey nanti kita cerita makan di restoran pula. Babai








3 comments:

kingbinjai said...

sedap tak?

Nida Shaari said...

KING :
kikiki.. boleh la telan.. tapi jeruk halia memang cannot go

Aikido@MushroomCute@Mariea said...

Wahhh..dah pindah Bangkok plak ke Nida? Pengalaman pindah brg seberang laut tu mcm aku ke Kuching ni. Berkotak2, mana nak pos, mana naik kargo..udahnya sumbat semua dlm Viva bila ajen tu kata boleh letak brg tp brg2 yg org tak minat nak curi mcm bj2 pompuan.