Saya. Suka menyimpan wang kertas yang baru. Yang belum hilang baunya. Tidak kira berapa nilai, jika dapat memang saya akan simpan. Selagi mana boleh saya simpan tanpa menggunakannya, ia tetap akan berada di dalam dompet saya.
Jika terpaksa juga untuk gunakan duit berkenaan, sebelum hulur duit saya akan cium-cuim dulu duit tu. Sayang mahu berpisah. Saya pernah buat begitu depan abang jual ayam di pasar malam. Tergelak-gelak abang tu. Mesti dia rasa saya tak berapa betul. Ok peduli apa saya. Ha ha ha
Selain daripada itu, saya juga sorang yang menabung secara konsisten. Tapi ini bukan tabiat pelik kan. Ini satu tabiat yang baik. Dan saya menyeru pembaca sekalian, marilah kita menabung. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tapi bila sudah membukit jangan pula ditarah.
Sekian pesanan ibu untuk hari ini :)
12 comments:
simpan duit baru-baru ni di tempat lain selepas ini yach.
ini juga pesanan bakal ibu untuk hari ini. hahaha.
AMYZ!
Baiiiiikkkkk!!!!!! hiks
saya juga punya tabiat obses dgn duit baru esp yg no sirinya cantik2 bersusun pada mata saya. mati la kalau perompak @ pencuri tau ...
saya tak kira duit baru ke lama ke, simpan jekkkkk, time tu sayang nak guna beli apa pun, hatta brg2 idaman saya, tapi once dah pecahkan, alamatlah...sekelip dua jek habissss!
KAPLA :
Owh ingatkan saya sorang saja begitu.. ha ha ha.. mudah-mudahan tiada perompak atau percuri yang baca blog saya ni..
ASUHARA :
Duit simpanan aka duit tabungan memang tak kisah baru ke lama. Tapi ini memang simpan duit baru sebab suka.
kami chuppp nak duit hat belah kirim sekali sekping dua pun jadilah
ady sama dengan kak pnut. nak sekeping jerrrr
kak nida! eh sama lah saya pun suka collect duit kertas baru. bila time nak bayar, macam belek banyak kali sebab sayang nak guna :D
tapi still boros jugak tak bermakna boleh jimat. sigh.
err.. ada beza tak bau duit seringgit ngan lima puloh ringgit... mana tau, orang kaya (duit lima puloh) lebih wangi ker
KAK PNUT :
Gambar sekadar hiasan :p
ADY :
1/2 keping pun takde
ILI :
Ha ha ha.. tak pe lepas kawen nanti hilang lah boros tu
KEMAT :
Ada beza woooo.. duit 50 depa pakai benang lagi mahal.. lagi wangi lah.. he he he
ish2... bahaya nie..
duit baru bukan ke senang nk dpt..
lain ar duit lama.. ;p
hobi kite terbalik ar.. i ske kumpul duit lama..
PINKY :
Duit lama lagi bernilai woohhh
Post a Comment