Entry ni dah lama dalam draft. Kejadian pun 2 - 3 minggu lepas. Sebab dah lama jadi saya edit itu ini biar cerita terus tak payah bunga-bunga pembukaan.
Macam biasa cerita pasal makan-makan. Kali ni kawan sekerja suami yang bawa. Sebelum ni memang dia pernah janji nak bawa pergi makan malam, tapi tak jadi sebab Bangkok sekarang ni petang-petang mesti hujan lebat, dan dia dah sangkut dalam jem masa dalam perjalanan nak jemput kami. Jadi, dia ganti dengan ajak makan tengahari. Kebetulan memang haritu kami anak beranak tengah lepak lepas bawa Muhammad jalan-jalan pergi mini market dekat rumah.
Kawan sekerja suami ni memang Islam, nama Aziz dan ada anak lelaki 2 orang. Dah besar pun, seorang 10 tahun dan seorang lagi 13 tahun. Isteri Aziz kerja luar negara. Saya tak pasti apa nama kerjanya sebab tak berapa jelas sebutan English Aziz, tapi macam kerja dekat lapangan terbanglah.
Eh, tadi kata nak cerita terus tapi dah 3 perengggan juga pembukaan hehehe. Ok, tempat makan ni agak jauh juga dalam satu jam perjalanan dari rumah. Kami memang tak ada idea di mana tempat ni sebab memang tak pernah lepas langsung. Kawasannya nama Arun-Amarin.
..::E-sarn Fungdhon Restaurant::..
Kemas, cantik dan bersih restoran ni. Tandas pun bersih dan ada tempat ambil wuduk berasingan. Bilik solat disediakan di tingkat atas.
Sebab Aziz anak beranak belum makan dan kelaparan maka terus minta menu dan pesan. Kebanyakkannya Aziz yang pesan sebab menu pun dalam bahasa Siam.
..::Tomyam::..
..::Daging Salai::..
..::Tak tahu apa namanya, tapi ini isi ikan hancur yang digoreng. Saya pernah tengok dalam rancangan masakan di sini. Cicah dengan air asam mangga. Sedap. Dah habis 1 set, Aziz pesan lagi 1 set::..
..::Lidah lembu goreng. Ini pun Aziz pesan 2 kali::..
..::Soft Shell Crab::..
..::Orang Malaysia makan nasi, orang Siam makan pulut::..
..::pencuci mulut. Pesan 1 saja kongsi dengan suami::..
..::pinggan mangkuk yang dah licin::..
Oh, ini rahsia bagaimana kami dapat menikmati makanan dengan tenang dan selesa ihiks.
Alhamdulillah, makanan sedap, restoran bersih, pelayan pun mesra dan cekap. Sambil makan isteri salah seorang pemilik restoran datang sembang-sembang dan bagi kad perniagaan. Jadi, lain kali nak datang mudah lah. Tunjuk saja kad pada pemandu teksi.
Terima kasih kepada Aziz yang bawa kami jalan-jalan cari makan dan tentu sekali belanja makan. Lepas makan dan solat Asar, Aziz kata mahu bawa jalan-jalan lagi. Ke mana kita? Nanti saya tulis entry lain.
Babai :)