Tuesday, May 21, 2013

..::KAKAK::..

Nak cerita pasal Muhammad.

Hari Khamis malam Jumaat, lebih kurang 3 minggu lepas, Muhammad dok sebut perkataan kakak sambil tunjuk-tunjuk. Banyak kali. Seram jugak saya. Manalah tahu kalau-kalau Muhammad ternampak 'kakak' di sekitar rumah. Mujur juga haritu ayah balik kerja awal. Tak lah takut sangat saya ni hehehe.

Sebab tak nak fikir benda negatif, saya sibukkan diri layan kehendak Muhammad. Main dengan dia, suapkan makan, ajak dia kawan dengan baby dan macam-macam lagi. Walaupun, Muhammad masih lagi sebut kakak.

Perkara ni berlarutan. Sampai la pada satu hari saya tersedar sesuatu. Kakak yang Muhammad sebut-sebut tu adalah merujuk kepada saya. Rupa-rupanya Muhammad panggil saya dengan panggilan kakak. Macam kakak-kakak di Taska. Uhuks. Sabar sajalah.

Saya beritahu Muhammad, di rumah ada ayah, mama, abang dan adik. Pandai pula dia ikut dan sebut ulang-ulang kali. Tapi bila mahu sesuatu daripada saya, kakak lah yang dipanggilnya. "kakak, bola" "kakak, susu" "kakak, roti" "kakak, TV" sehingga sekarang.

Aduhai anak.

Mama nampak macam kakak lah. hehehe...

..::ANAK-ANAK::..

Maya suruh saya letak gambar baby di blog.

Eh, rupa-rupanya saya belum wara-warakan nama baby baru ni kan. Padahal baby dah umur 4 bulan. He he he.

Okey jom sesi bercerita bersama anak-anak saya.


Assalamualaikum semua.  Nama saya Muaz bin Jefry


Saya minum susu ibu. Banyak sangat sampai meleleh-leleh keluar dari mulut

Tapi, tak adil lah cerita pasal Muaz saja. Kenalah cerita pasal abang juga.  Alhamdulillah, abang sangat baik dan sayang dengan adik. Setakat ni belum pernah abang kacau adik teruk-teruk. Cubit-cubit manja tu ada lah.  Kalau adik nangis, abang akan panggil mama atau ayah. 

Hai, ingat lagi kan dengan Muhammad.  Umur saya dah 2 1/2 tahun.


semua orang suka aiskrim kan!! Saya pun suka. 


Owh, adik dah pandai meniarap. Tapi gambar dan video adik meniarap kita letak lain kali.

OK babai.






Tuesday, January 29, 2013

..::EDISI KEDUA KELUARAN JANUARI TAHUN 2013::..

Fresh from oven. 25 Januari 2013, 8.00 malam. Boy,  2.6kg dan Alhamdulillah saya keluar secara normal ;)

Abang yang teruja dengan kehadiran adik.  Nak baring satu tilam dan rapat-rapat dengan adik

"Adik.. Adik.." urut dada adik (sebelum picit hidung dan korek telinga adik)



Ok tu je lah dulu he he he.  Saya nak tidur sebab baby pun tengah tidur.  InsyaAllah ada rezeki saya update lagi.