Tuesday, May 29, 2012

..::BILA MAMA RAJIN::..

Hari ni Muhammad yang nak bercerita. Nak tunggu mama, tak tahu bila. Macam sibuk sangat mama tu. He he he. Sebab tu bila mama rajin dan nampak macam ada masa, mama mesti bawa Muhammad pergi main dekat tingkat 5. Kat situ ada play area, ada gym, ada kolam renang, ruang rehat dan taman tempat boleh jalan-jalan.

Dalam play area tu ada macam-macam permainan. Muhammad suka semuanya. Sampai kadang-kadang tak tahu nak pilih main yang mana dulu.

..::Ada keretapi macam-macam bentuk::..


..::Rumah gelongsor ni seronok. Muhammad dah pandai panjat sendiri untuk naik atas::..


..::replika rumah. Boleh berlakon tidur dalam rumah banglo::..




..::Boleh main masak-masak::..


..::Peralatan bertukang macam ayah punya pun ada::..


..::Alat muzik pun ada. Muhammad suka benda ketuk-ketuk keluar bunyi ni::..


..::ooooohhh.. kuda ku lari gagah berani::..


Selain daripada tu, ada set permainan golf yang Muhammad suka. Tiap kali datang sini, mesti tak lupa untuk main golf. Tapi, tak ada pula mama ambil gambar set golf tu. Mama lupa agaknya.

Ok. Cukuplah setakat ni dulu Muhammad tulis. Nanti Muhammad cerita pasal mandi kolam pula ye.

Babai. Muahs





4 comments:

Yana Ismail said...

seronoknye kak play area tu :)

rafiza said...

kak nida,

cuba akak survey, sana wooden toys murah tak?

hihi, dah lama jadi silent reader..baru terasa nak komen..memang pantang nampak wooden toys ni..

Nida Shaari said...

YANA :
Hahaha.. memang best! ada mesin basuh, oven, dapur, sinki.. ish macam-macam lah..

FIZA :
Akak rasa murah kot sebab semua wooden toys kat sini.. haritu pegi rumah kawan pun macam tu gak mainan anak dia..

kalau ada nak kirim ke?

rafiza said...

kak nida ni macam pucuk dicita ulam mendatang, tapi kena tengok juga harganya, kat sini saya selalu beli dengan

http://smart-intelligent-toys.blogspot.com/

mungkin boleh compare harga, lagipun susahkan akak pula nanti..