Thursday, November 17, 2011

..::KITA KE TAMAN RAMA-RAMA::..

Destinasi pertama, kami ke Taman Rama-rama di Teluk Bahang. Memang kalau ikut pemahaman asas, namanya taman rama-rama, mesti ada rama-rama saja. Tapi sebenarnya anggapan itu tidak benar. Kita layan gambar ya.

Binatang lain yang kami jumpa di sana ialah kura-kura buaya. Binatang ni nampak sudah tua. Badan berlumut, gigi taring dan muka pun dah berkedut. He he he.



Selain kura-kura, ada juga periuk kera. Gambar pada papan tanda tu sangat comel bagi saya. Periuk kera ni salah satu daripada pokok yang ada bagi mengseimbangkan ekosistem di dalam taman tu.



Binatang dan serangga lain pun banyak juga. Yang kecil yang besar semua ada. Tapi saya ambil gambar yang besar-besar saja.


::gonggok besar-sumpah-sumpah hijau yang besar-dan cicak besar::


Dah kata pergi Taman Rama-rama, wajib ada gambarnya kan. Selain bunga-bungaan, rama-rama di sini diberi makan betik, nanas dan pisang.



Ada orang geli dengan rama-rama yang berterbangan, tapi rama-rama tetap suka dengan dia. 2-3 kali hinggap bertenggek atas topi.



Ada orang yang gembira dalam menahan senak perut.



Dan ada budak yang tidur dengan begitu nyenyak. Tujuan asal pergi taman begini sebab nak perkenalkan Muhammad dengan hidupan alam, tidur pula dia. Nampak gayanya kena pergi lain kali. Hik hik hik.



Selain taman ada ruang pameran dan ada juga ruang tayangan. Di situ dipamerkan beratus-ratus spesis rama-rama dari serata dunia. Dan juga terdapat kumbang yang kelihatan seperti wajah manusia.



Sebelum balik kita bergambar dulu di hadapan papan tanda ;)




Ya, saya pakai baju mengandung walaupun belum mengandung lagi. He he he

OK. Ini saja cerita percutian singkat ke Penang. Sebenarnya lepas ke Taman Rama-rama kami ke Toy Museum, tapi tak ada banyak gambar sebab camera kaput yang kalau gambar indoor cahaya kurang, hasilnya tak berapa comel. Dan kami rasa toy museum tu tak menarik pun bak kata indah khabar daripada rupa.

Cadangan nak naik Bukit Bendera belum kesampaian sebab kekangaan masa dan cuaca yang kurang mengizinkan. Cari farmasi untuk beli ubat CB saya, cari tempat nak isi perut kemudian kami terus balik. Cuaca hujan dan jalan raya pun mula sesak dengan orang yang nak balik kerja.

Alhamdulillah dapatlah ke Pulau Pinang selepas entah berapa tahun saya tak jejak ke sana. InsyaAllah akan datang kami bercadang nak ke sana lagi, khusus untuk naik Bukit Bendera saja dan juga nak jumpa kawan-kawan yang tak berkesempatan untuk bertemu tempohari.

Keseluruhannya saya suka Penang sebab melaksanakan kempen tanpa plastik setiap hari ;)

2 comments:

Unknown said...

Hahahah, apa tak cakap nak gi Toy Muzium...mmg aku tak syorkan gi sana..baik lg ke Taman Negara.

Wokeh, lenkali kita naik Bukit Bendera plak, train sudah baru, sudah laju sekarang...

Nida Shaari said...

MARIA :
Eh tade cakap eh mana aku nak round tuari?? kiki.. orang lain yg kami jumpa semua lah suggest p situ.. pergi je lah.. melengkapkan jadual..

masa balik dari Teluk Bahang lalu kuaters Jabatan Hutan, teringat kat ko..

okesh nanti nak p lagi aku sound ko.. kiki.. tp aku kalo cuti time orang lain kerja..