Wednesday, March 09, 2011

..::MERAH WARNA BERANI::..

Warna merah tu lambang keberanian.

Tapi kalau hari-hari waktu kehadiran punch kad warna merah macam dalam gambar kat bawah, tu jawapannya berani buat kena berani tanggung lah.



Oh, pejabat saya memang masih mengekalkan konsep lama. Macam lagu Allahyarham Sudirman "punch kad oh cepat". Dan itu punch kad saya untuk bulan Februari yang lepas.

Jadi rekod selama masuk tahun ke 11 saya bekerja, itu kali pertama punch kad saya merah berderet-deret. Eh, bukan nak salahkan anak punca saya lambat, saya sendiri yang masih terkial-kial mengatur masa.

Sebenarnya waktu keluar rumah tetap sama 6.30 pagi tapi boleh terlambat pula sampainya. Mungkin sebab jumlah kereta di jalan raya semakin bertambah. Kalau memang terlambat keluar rumah 5 - 10 minit pun, jangka masa perjalanan yang asalnya kurang satu jam boleh meningkat jadi satu jam setengah. Boleh jadi juga lepas 2 jam baru sampai pejabat. Itu pun kena pandai pilih jalan walaupun tahu semua jalan pun sesak pada waktu puncak.

Maka atas dasar tanggungjawab lalu saya bertukar masuk jam 8.00 pagi dan balik jam 5.00 petang. Walaupun masuk jam 8.00 saya tetap kena keluar rumah 6.30pagi. Cuma kurang seronok sebab saya tak dapat jemput anak dari taska. Namun saya tetap bersyukur atas segala limpah kurniaNya selama ini. Kita tak akan dapat apa yang kita mahu serentak.

1 comments:

CathJ said...

teringat time kerja dulu... ^_^