Wednesday, July 07, 2010

..::BAYI PEMALU::..

Ok minggu ni agak rajin nak kemaskini blog. Walaupun sebenarnya tak ada siapa pun yang peduli. Heh.

Cerita tentang kandungan lagi.

Anak ni sangat aktif. Tendang sana sini. Sekejap blup dan blup lagi. Kadang-kadang saya rasa macam nak termuntah pun ada bila blup blup banyak sangat. Kalau rasa nak buang air tuh jangan cakap lah. Tak mengandung pun saya memang kerap buang air, ini kan pula bila pundi kencing dah ditekan oleh kandungan.

Cuma anak ni tak pula nak bergerak-gerak bila saya suruh suami letak tangan dan rasa di perut. Diam saja sampai suami tertanya-tanya. "Kat mana? Kat mana?" Hmmm.. pemalu anak ni. Hiks. "Assala-mualai-kummmm..." Suami tegur dengan nada suara yang pelik-pelik. Huh lagi anak duduk diam-diam. Tapi bila suami alihkan tangan, anak mula bergerak-gerak semula. Haaiihh nak main-main agaknya.

Eh eh orang awam ni memang suka-suka je kan nak sentuh-sentuh perut perempuan mengandung tanpa isyarat atau minta izin. Hmmmmm tak gemar lah.

12 comments:

balduPuteh said...

salam,
i peduli. hari-hari melawatblog ni n teruja dengan cerita kandungan ni...last sy jumpa akak masa akak masih anak dara, skrg dgn baby diperut mesti nampak comel. CONGRAT!

Nida Shaari said...

BALDU :
Salam.. Hik hik terima kasih lah.. ye lah sama lah macam awak.. last kita jumpa awak pun anak dara lagi. Sekarang dah ada anak teruna tu.

Eh, haritu akak turun JB, Tok tau je.. plan asal dia nak bawak makan2 tp dah pung pang sana sini, tak jadi pulak..

. said...

ada yang peduli.

cik puan daun said...

malu tapi mahuuu... macam mak dia.. ahaha

cik puan daun said...

jinks ok.. kalau ko cakap malas update bloh dalam satu entry.. karang berderet2 entri selepas entri tu.. ahahaha

Nida Shaari said...

NIZAM :
Terharu aku.

DAUN :
hik hik malu ai tauuuu... (sambil tersipu-sipu tutup muka ngan tangan)

:p

Kay said...

sy pun peduli...

kak, sy pun suka pegang perut org mengandung... tp masa adik sy mengandung thn lepas, sekalipun tak pernah pegang...

ieda said...

salam perkenalan..
baby pompuan kot tu..sb tu malu bila lelaki sentuh..hihi

Cikgu Zam said...

salam kak,
semoga kehidupan bertambah gembira dan bahagia, Amin

Nida Shaari said...

DAUN (lagi):
okey lepas ni aku tak cakap dah.. hik hik

KEHELAN :
Kalau kawan rapat pastu minta izin nak pegang mungkin bleh dipertimbangkan ar..

tp kalo suam2 kuku je pastu sapa2 lah dan kat mana2 lah tetiba je nak pegang perut cam awkward ar jadi

IEDA :
Salam perkenalan..

InsyaAllah.. apa pun rezeki yg Allah bagi pasti syukur yg dipanjatkan

CIKGUZAM :
Terima kasih dik.. :D

balduPuteh said...

lor tak tau plak. tok pun tak khabar. takpe kak kita tukar hp number nanti...

syafeenamk said...

hehe. kiut nye. :)