Thursday, January 21, 2010

..::SELEPAS SEBULAN::..

Masih mahu kongsi cerita tentang kenduri saya. Selagi saya masih menerima ucapan selamat pengantin baru, selagi itu cerita belum tamat. He he he

Ahad lepas iaitu 17 Januari 2010 bersamaan 1 Safar 1431H, telah berlangsung majlis bertandang di Seremban, Negeri Sembilan.

Cuaca sangat baik. Panas. Sampaikan encik jurugambar merungut. Tapi setelah ditegur dan diberi pilihan, sama ada mahu majlis dalam hujan seperti majlis saya di Parit Buntar tempohari ataupun panas sebegini, cepat-cepat encik jurugambar tersenyum dan insaf. Tentu saja semua memilih cuaca panas dan baik. Kalau tidak masakan ada pihak yang cuba mengamalkan petua-petua yang tidak berkaitan bagi mengelak hujan. Walau apa pun keadaannya, semua adalah ketentuan Allah.

Ok. Saya melalut di situ. Seterusnya mari kita lihat beberapa keping gambar. Itu pun gambar yang saya ambil dari Faceebook Encik Kimi.


..::Ini rombongan keluarga saya::..



..::Sebelum berarak ke tempat acara::..



..::Ini sebenarnya gambar saya berdua dengan atam saja. Tapi, ada pula pihak-pihak lain yang mahu turut serta dalam gambar::..


Apakah dialog paling sesuai untuk gambar di atas. Sila tulis dialog anda di ruangan komen. Dialog paling kelakar akan diberi hadiah istimewa daripada pengantin. Ahli keluarga terutama sekali Encik Kimi tidak boleh turut serta.

Selamat mencuba. Eeerr ada ke orang yang nak menyertai? He he he.. Apa-apa aje lah kan.

5 comments:

asuhara sue said...

eh eh...a ah la, saya baru teringat, walaupun pg majlis awk, saya x ucapkan pun..jadi, SELAMAT PENGANTIN BARU!
adik baju oren: time pengantin aku nanti nak pakai baju kaler apa eh?

abg baju belang: lauk apakah yang bakal dihidangkan...aduss perut dah berlagu nih.

mamat bju putih: masuk blog agaknya nih, baik aku buat muka macho.

jep: isk..isk..apo kacou daun jo nih, bilo pulak den punyo turn nih..isk..isk..isk..

org pegang hp: dapat masuk tangan dgn hp pun oklah ni...

Kay said...

kembar ke?

tasekM said...

cantiknyaaaaaaaa nida!~

:)

Nida Shaari said...

ASUHARA :
Hik hik hik..

KEHELAN :
Kembar yang lahir beza 4 tahun..

TASEK :
Ko baru tau eh??

Huh bisssiiinnng nak suruh aku jemput bagai tapi tak datang pun kenduri.

tasekM said...

nida,
sori la yang.... mintak mahap sesangat. hr ko punya kenduri kt seremban tu aku kena balik KL ada panjangggg punya hal. sabor je lah.


.