Thursday, October 15, 2009

..::TAK MAKAN NASI.. TAPI::..

Sudah menjadi lumrah, bakal pengantin mesti mahu tampil bergaya, langsing dan segala propaganda kecantikan yang ada. Dan. Saya tak lepas daripada berperasaan sedemikian.

Sejak saya mengalami tekanan darah rendah yang agak kronik beberapa bulan kebelakangan, saya mula mengambil semula nasi. Kadang-kadang dapat kawal kuantiti. Kadang-kadang tak terkawal pula. Tapi sejak akhir-akhir ini keadaan seakan-akan terkawal. Jadi, saya mula cuba untuk mengawal semula pengambilan nasi. (Banyaknya perkataan kawal?)

Sebenarnya saya pernah terbaca di akhbar bahawa diet yang baik adalah dengan mengambil nasi dalam kuantiti sedikit, banyakkan makan sayuran dan buah-buahan segar dan minum banyak air putih. Katanya, itu diet yang diamalkan oleh orang Jepun, Korea dan negara seangkatan dengannya. Sebab tu kadar obessiti di negara berkenaan sangat kurang jika dibandingkan dengan negara barat.

Ok berbalik kepada cerita saya yang nak kurangkan pengambilan nasi. Semalam sarapan saya dah makan nasi lemak seringgit. Untuk waktu-waktu lain saya dah tak ambil nasi. Balik kerja tiba-tiba perut berbunyi kelaparan. Ha ha ha. Walaupun tengahari saya dah makan semanggkuk mee kari. Kadang-kadang pelik lah dengan perut ni. Kalau puasa tu tahan pula tapi kalau tak puasa asyik saya menjerit-jerit mahu diisi.

Jadi saya singgah pasar malam berhampiran rumah. Dan singgah gerai yong tau fu. Memandangkan saya penggemar makanan ni saya pun agak-agak lah pilih bahan. Kata nak kurangkan makan, jadi saya tak ambil banyak.

Tapi bila dah celur dan potong-potong, ini lah hasilnya.



Sambil makan saya gelak-gelak sendiri. Makan perlahan-lahan supaya nanti saya berjaya untuk habiskan. Dan kalau yong tau fu penuh pinggan macam tu, balik-balik sama saja dengan makan nasi.

He he he.

8 comments:

cik puan daun said...

kira kalori dia.. sama dengan makan nasi dengan lauk kari.. ehehehe

ko tetap chantek.. ehehehe

joe said...

Beras Jepun n Korea lain dgn beras Malaysia, xleh compare, lagi pun cara diorang makan tu dalam mangkuk, so mcm tips Biggest Loser; kalu bekas makanan kita penuh, otak tetap akan bagitau kita dah makan byk walaupun bekas kita kecik. Kita plak makan dalam pinggan, kalu bleh nak taruk nasik mcm gunung hehehe

Nasi tak pernah jadi masalah orang kita sehinggalah kita menjalani kehidupan moden; duduk lebih banyak drpd bergerak.

Dan mengabaikan nasi sememangnya diet ekspres yang terbukti, lihat sahaja penyanyi Aizat. Tapi harus diingat kalau Aizat tak bersenam n makan diet yang betul, dia pasti akan meninggalkan kulit menggelebeh jugak.

Pokok pangkalnya, balance lah... kalu ade input mesti ade output, tak semestinya pegi tandas je, tp kalori yang diambil mestilah diguna.

Ubahlah lifestyle, sampai bila nak diet bermusim :)

Saya ckp ni pun sbb saya mcm anda, so nasihat untuk diri sendiri jugak

Yana Ismail said...

huhu..tkpe smpt lg kak..chaiyok! :D

Ili Khalil said...

kak nida, dah kurus dah laaa.. hahahahaha.

Cikgu Zam said...

WOUU.....kirenye kalau dibuat kesimpulan, selera makan tinggi la ni ye,. Best nampak menu tu, nii yang membuatkan saya nak beli jgak ni...

Nida Shaari said...

DAUN :
Ha ha ha.. tu lah pasal. Tapi jenuh la tiap kali makan nak kena kira kalori.

JOE :
Ya, ubah gaya hidup dan amalkan gaya hidup sihat

LIYANA :
hik hik hik

ILI :
Ada bahagian yang tak kurus lah

CIKGUZAM :
memang high taste ihiks

tasekM said...

nida, ko nk melidi mcm mana lagi ni weh...?

Nida Shaari said...

TASIK :
Ye lah.. ye lah.. bersyukur dengan keadaan sekarang.. yang pentin sihat.. kan??