Wednesday, October 21, 2009

..::RAMBUT::..

Baru-baru ni saya berbual dengan sekumpulan rakan sekerja.

Seorang rakan mengadu sejak akhir-akhir ni rambutnya gugur lebih banyak daripada biasa. Masing-masing menyuarakan pendapat. Punca berlakunya perkara sedemikian. Ada yang kata kerana tekanan. Yang lain kata faktor pemakanan jadi penyebab. Ada juga yang kata dia banyak berfikir. Saya juga pernah terbaca dalam akhbar menyatakan bahawa kerap memakai kasut bertumit tinggi juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada keguguran rambut.

"rambut banyak gugur sebab pakai tudung" Tiba-tiba seseorang menyampuk dengan wajah tiada perasaan tetapi cukup yakin dengan pernyataannya itu.

PAANNNGGG!!!

Oh, saya tak la tampar dia. Tapi kata-katanya itu membuatkan mulut saya laju saja membalas sehingga orang lain di sekeliling tersengih-sengih.

Saya, tidaklah memandang serong kepada mereka yang tidak bertudung tetapi tolonglah berfikir dahulu sebelum memgeluarkan pendapat. Tambahan pula ia berkaitan dengan hukum Allah.

Ini pesan kakak untuk adik-adik ya. Jangan hanya bercakap ikut sedap mulut sahaja.

7 comments:

SHIMI said...

makan boleh sebarang makan,
tapi cakap kena jaga-jaga
rosak akidah....

ayobkelubi said...

B.O.D.O.H sunguh budak perempuan tu.

KiMi said...

hahahah. Mesti kena LAZER gred A.

Nida Shaari said...

SHIMI :
Itu lah pasal

AYOB :
Dia perasan itu lah pendapat paling bernas agaknya

KIMI :
Sikit je baru tu aku bagi..

. said...

Aku yang tak pernah bertudung sejak lahir ni pun dah mula mengalami masalah kekurangan rambut.

tasekM said...

laki aku yg tak pakai tudung tu pun dh nk botak. he he.


.

Nida Shaari said...

NIZAM :
Itu la pun. Jadi, relevan kah?

TASIK :
Laki ko ahli perniagaan.. memang style dia la botak tu..