Tuesday, October 27, 2009

..::KE SHAH ALAM LAGI::..

Oh, sejak akhir-akhir ni saya selalu sangat ke Shah Alam. Setiap minggu sekurang-kurangnya mesti ada satu kali saya akan ke sana. Apa ada di Shah Alam?

Walaupun Shah Alam tak ada panggung wayang, tapi Shah Alam ada kedai-kedai yang best. Dengan harga yang berpatutan. Shah Alam juga ada jalan-jalan yang kurang sibuk. Dan paling penting Shah Alam ada orang yang saya sayang. He he he.

Kalau hari Sabtu lepas saya ke Shah Alam menemankan orang lain yang nak menempah baju nikah, semalam saya ke Shah Alam untuk fitting baju nikah yang saya tempah. Teruja sangat. Walaupun saya cuma tempah baju kurung moden kosong, tapi saya sangat puas hati. Alhamdulillah semuanya elok. Jahitan kemas dan baju terletak di badan. Manik-manik hiasan saya nak jahit sendiri saja. Jangan persiakan kemahiran yang dimiliki.

Kerana kami berdua sama-sama berpuas hati dengan hasil kerja kedai berkenaan, maka kami bersepakat untuk bekerjasama dengan mereka lagi. Kain baju yang akan dipakai semasa majlis resepsi pihak lelaki akan dijahit oleh kedai di Anggerik Mall itu. Tapi itu perlu ditangguhkan ke bulan hadapan. Banyak sangat perbelanjaan tertumpu pada bulan Oktober ni.

Dan memandangkan perkahwinan saya cuma majlis berskala kecil, tentu semuanya adalah dalam lingkungan harga murah-murah saja. Yang penting pada masa akan datang selepas berumahtangga saya dan suami tidak terbeban dengan segala hutang-piutang. And live happily ever after. hik hik hik

12 comments:

imanamani said...

good financial planning....

asuhara sue said...

oooo patutlah selalu p shah alammmmmmm.......

Nida Shaari said...

ILA :
Kena lah kan.. agar dapat bersenang-senang di kemudian hari..

ASUHARA :
Ha ha ha..

Weh!! pusing-pusing kat situuuuuu gak

SHIMI said...

live happily ever after
amin

Kartini said...

bagus cik madu...kami dulu pun kawen berskala rendah. ala kadar aje rasanya sehingga kalau di ingat2 kembali rasa kesian kat diri sendiri. tapi alhamdulillah takde hutang yg di bawa ke depan...dan yg penting alhamdulillah we live happily ever after hehe

Nida Shaari said...

SHIMI :
InsyaAllah

KARTINI :
Oh tapi sapa yang dah kawen 4 - 5 tahun lepas tetap tak boleh dibandingkan dengan yang baru nak kawen ni..

Nilai matawang dah berbeza dan perbelanjaan makin meningkat

Anonymous said...

salam..
kak..bile kendurinye?
xnak jmput irja ke?
(muka x malu nie) :p

MariahRohaini said...

Ohh.. dulu masa aku duduk shah alam hang kata jauh... skang shah alam sudah dekat ehhhhh...

4-5 tahun lepas punya perbelanjaan memang takleh nak banding dengan sekarang, tapi cara bersederhana tu boleh dijadikan panduan....

Nida Shaari said...

IRJA :
Hik hik.. jangan risau.. nanti akak letak kat jemputan kat sini

MARIAH :
Eh eh penah ka aku kata? Hik hik hik..

tapi aku kerap gak p rumah hang apa.. sampai la ni aku simpan lagi alamat rumah hang kat Shah Alam tu tauuuu...

bersederhana tu amalan mulia sepanjang zaman.. terima kasih perunding perkahwinan saya.. hik hik

aku said...

kadang2 kita nak bersederhana.. tapi apakan daya andai orang tua mahu macam ni mahu macam itu..
wang kita terbatas..
nanti dikata pula nak kawen duit tak ada..
hutang tak salah tapi biarlah kena pada tempatnya..
saya mengaku saya berhutang untuk berkahwin..
tapi saya bangga saya tak guna duit ayah untuk keseluruhan majlis..
cukup sekadar ayah bantu dimana harusnya dia membantu dan patut dia membantu..

lain orang lain latar belakang..

bersyukur kita akan membina masjid yang sah..

mengelak penzinaan..

Ili Khalil said...

kak nida,
nak tanya. tempah baju kat sacc ke? kalau saya nak tempah baju tunang, boleh tak kalau dia tolong carikan kain sekali? ke kena beli kain sendiri? kat mana eh nak tempah? murah tak? ur advice sangat saya hargai hehehehehe.

tapi saya ada sebulan je lagi. sempat tak nak siap?

Nida Shaari said...

NINA :
InsyaAllah.. Jika niat baik pasti Allah permudahkan segala urusan..

ILI :
Kat kedai tu kain sumer ada.. akak pun guna kain kat situ.. 2 minggu dah siap.. do email me kalau nak tau detail ye..