Wednesday, October 14, 2009

..::KENAPA? TAK PERCAYA?::..

Sejak sebelum puasa lagi, kawan-kawan di pejabat asyik mahu tempah jahit manik untuk baju mereka. Saya terpaksa menolak. Kerana saya sedang sibuk menguruskan sesuatu demi masa depan.

Ingatkan bila sudah menolak, tiada lagi permintaan. Rupa-rupanya walaupun sudah habis musim raya, tetap ada yang mahu saya jahitkan manik.

Namun, jawapan saya tetap sama. Tak boleh terima kerana saya sedang sibuk.

Tapi mereka tak puas hati dengan jawapan tu lalu bertanya-tanya apa yang sedang saya sibukkan.

Bila saya jawab sibuk mahu menikah, saya dikatakan 'gelenyar' pula.

Kenapa?

Itulah manusia. Kita cakap betul pun tak mahu dipercaya.

10 comments:

asuhara sue said...

kes..kes..kes..sabar cik nidaa

balduPuteh said...

diorang jelous tu sis

Amyz! said...

eh tak percaya pulak~ gelenyar ape nya bila dah mahu menikah.cakapla alhamdulillah ke, tahniah ke, jgn lupa antar kad jemputan ke, ini gelenyar? nak bina masjid ni. mulia ape~ org2 kita ni... macam-macam.

. said...

gelenyar tu apa ye?

Kartini said...

jgn hiraukan org2 'jual ikan'

Nida Shaari said...

ASUHARA :
A'ah sabar je sambil membalas dengan senyuman paling manis.

BALDU :
Mungkin sebab akak tak pernah tayang-tayangkan partner akak

AMYZ :
Kannnn...

NIZAM :
Gatal

KARTINI :
Orang jual ikan ke anak ikan ke semua aku tak peduli sebab aku dah ada bapak ikan

ha ha ha

NolasQoe said...

whoaaa kaya lah akak yer

Cikgu Zam said...

nikah je cepat2. ha ha hah

Nida Shaari said...

NOLAS :
eerrr.. ada kaitan ke?

CIKGUZAM :
Cepat la nih

puanstoberi said...

gitu la kekdah nyer kalo kita dok kat sektor gomen nih. sy pun slalu jd camtu. ehh..main tembak shj..adakah rakan sepejabat cikmadu yg mahu tempah baju itu?? hehe