Friday, October 30, 2009

..::AMBOI!! SKANDAL!!::..

Baru-baru ni ada kawan lama yang dah terputus hubungan tapi bersambung kembali kerana FB menegur saya.

Berbasi-basian bertanya khabar. Ya, mereka kata saya yang membawa diri dan diam menyepi.

"Hang jadi setiausaha ke Nida? Itu yang last aku tau pasal hang"

"Bahasa biasa tu, setiausaha lah. Bahasa luar biasa personal assistant"

"wow!! Menarik!! PA dato' kah?"

"Boss dulu dato' lah.. boss lani tak.. Tapi kadang-kadang aku serve la gak dato' tu.. sebab dia sayang aku.. Hik hik hik"

"amboi... skandal"

Oh!! Tolonglah. Saya rasa isu setiausaha atau pembantu peribadi yang berskandal dengan boss atau dato' ini perkara lama. Mentaliti orang dulu-dulu saja yang selalu beranggapan begitu. Seperti setiausaha yang menggoda, berpakaian menjolok mata atau segalanya yang kurang enak.

Hmmm mungkin masih ada sebahagian yang begitu, tetapi secara umumnya momokan seperti itu sudah berlalu.

Dan, boss kalau nak berskandal tak payah tunggu setiausaha. Dengan pembantu rumah pun boleh. KALAU NAK.

Dan satu lagi. Dato' saya itu perempuan.

12 comments:

Cik Jah said...

Kannn...masih ada yg beranggapan kalau sebut setiausaha kena jenis yg pakai skirt, dok kat meja smbil kilat2 kuku he he he...ohh itu zaman 80an ya...:P

imanamani said...

selalu...kalau dengar dato' aje..ingat lelaki... ha...kan...dato'nya itu wanita....

Unknown said...

Hmm kalau tidak boleh dapat "Datin"!

Pnut said...

dulu masa akak kat MOSTI, ada sorang Big bos dapat PA baru..kecoh hari pertama PA tu laopr diri, unit lain, tingkat lain kecoh sebab katanya PA baru boss tu tak pakai bra.. dan tak tak bertudung... kata budak satu unit boss tu, seksi PA baru boss depa, sampai nampak puting tetek..

sekalikkkk.......





































PA itu ialah lelaki...
hiks...

Nida Shaari said...

CIK JAH :
Ha ha ha.. tu la pun.. Tapi kadang-kadang kat kampung masih ada lah yang dengaq ja keja setiausaha mula lah dalam palotak pikir macam-macam..

ILA :
Sekarang memang ramai boss perempuan

ANUAR :
Tunggu suami saya dapat Datuk lah. Ahaks

KAK PNUT :
Ha ha ha...

hangpa keji laaaaaa

dugongsenyum said...

KAK PNUT:
WAKAKAKAKAKAKAKAKAWA

Mya said...

kak pnut memang keji! he he he..

Amyz! said...

Lelaki auu tak kak pnat? dulu kat kp*kt ada gak lelaki tu auu yg ada p*ting. uh uh. tak selera mak!! hahaha.

kihkih. ai baru nak cakap, skendel pebendenye ngan dato' u tu.. pemfuan. koser je.. haha.

Cikgu Zam said...

yang penting kite keje dengan baik dan ikhlas, itu yang mengesankan

Pnut said...

Amyz-lelaki tu tak auw...tulen... gagah perkasa lagik...
ehh cam blog aku lak..

Nida Shaari said...

BASRI :
Amboi suka ko ek

MYA :
Ha ha ha.. buat suspen je kan

AMYZ :
Kat Kementerian ai pun ade sorang.. ke itu orang yang samer? hik hik hik

CIKGU ZAM :
Itu sudah semestinya

KAK PNUT :
Blog kroni.. xpa.. ha ha ha

aku said...

saya ada ramai kwn2 yang jd P.A..mereka ok jerk..pakai tudung lagi walaupun diluar pejabat tak pakai tudung..