Tuesday, September 29, 2009

..::KLINIK KESIHATAN & UJIAN HIV::..

Pada zaman sekarang, kalau nak mendirikan rumahtangga macam-macam prosedur perlu dilalui.

Tadi, saya pergi Klinik Kesihatan untuk buat ujian HIV. Daripada 16 buah klinik yang telah disenaraikan oleh JAWI, cuma Klinik Kesihatan Setapak saja ada slot. Klinik lain semua sudah penuh. Temujanji paling awal ialah pada 7 Oktober ke atas. Lambatnya lagi. Macam nak menangis saya telefon setiap klinik tanya ruang temujanji. Dan temujanji untuk ujian HIV hanya akan diadakan jam 2.00 - 4.00 petang. Belum termasuk klinik yang cuma buat temujanji pada hari Rabu sahaja atau hari Jumaat sahaja. Ada juga klinik yang cuma ambil 10 orang setiap hari. Siapa yang datang pada hari berkenaan tapi kuota sudah lebih, terpaksa balik begitu saja. Hmmm.. Itu pun Klinik Kesihatan Setapak semacam mempertikaikan pula kenapa saya (atau lebih tepat disebut kami) nak buat ujian di situ.

Fakta mengenai Klinik Kesihatan Setapak. Ia terletak di Medan Makmur, Jalan Usahawan sebaris dengan bilik pameran Proton dulu. Kiri kanan klinik ialah bengkel kereta. Sangat tak macam klinik. Sebab ia berada dalam lot rumah kedai. Ruang dalam klinik adalah sempit dan sesak. Semacam tak dapat nak menampung kapasiti pelanggan. Di situlah orang menunggu, di situ jugalah kotak-kotak stok ubatan diletakkan. Jika diberi pilihan, saya rela pergi Klinik Kesihatan yang lain. Tapi sebab sudah tiada pilihan, redha sajalah.

Sedikit maklumat mengenai ujian HIV. Darah diambil di hujung jari kemudian di letakkan di atas kit seperti pregnancy test kit. Satu garis bermakna negatif dan 2 garisan bermakna positif. Ada juga sesi soal jawab sejauh mana pengetahuan kita tentang HIV. Dan sedikit soalan mengenai diri kita seperti ini perkahwinan kali ke berapa, pernahkah berkongsi jarum suntikan atau pernahkan melakukan hubungan seks dan sebagainya. Jangan risau jika anda mengamalkan gaya hidup sihat. He he he..

Cuma pesanan saya kepada kawan-kawan yang TIBA-TIBA mahu bernikah pada penghujung tahun ini dan ingin menjalani ujian di Kuala Lumpur, sila buat tempahan awal. Tiada keputusan ujian HIV, borang permohonan pernikahan dikira tidak lengkap. Keputusan ujian saringan HIV ini sah dalam tempoh 6 bulan. Jadi tak salah buat awal. Tidaklah nanti terkejar-kejar.

Dan. Doa saya semoga segalanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

17 comments:

cik puan daun said...

Melainkan ada geng doktor yang lepak klinik kesihatan. Zass!!!

Nida Shaari said...

DAUN :
Memang la. Semalam pun ada 1 couple tu zasss je terus kena panggil. Tak adil la jugak. Kami datang awal q panas-panas bersesak jenuh2 nak buat appointment, diaorang main zass je.. bukan kitaorang je yang tak puas hati. Pompuan yg giliran lepas aku pun bunyi jugak.

. said...

Wah.
Dah nak kahwin.
Tahniah.

Yana Ismail said...

Mak aih, ni yang kna buat awal2 ni..tk lah tkejar2 nnti :)heee

Unknown said...

Kami (pasangan bahagia. haha) selalu sahaja ditanya tentang hal ini oleh mereka yang akan ehem ehem. Lamakah? Susahkah?

Jawapan kami... 5 minit. Pakcik doktor! Siap boleh buat pemeriksaan lain. haha.

Salah kaunter pertanyaan.

asuhara sue said...

kami di sini sedang cuba memberikan rekabentuk terbaik Klinik kesihatan, tapi klien x de budget lagi la pulak!

Nida Shaari said...

NIZAM :
InsyaAllah.

Jemput la datang nanti. Hiks

LIYANA :
Kat kampung senang tak sesak

ANUAR :
Memang la nak mudah guna je orang dalam, tapi jangan la menunjuk sangat. Bikin panas orang lain je yang dah memang panas.

ASUHARA :
Tak kan tak ada peruntukan pembangunan di bawah projek RMK10?

hahaha.. silap kaunter pertanyaan la ni

cik puan daun said...

*kami yang ada kroni* senyum sengeh2 aje..

ron97 said...

eh.. hang nak kahwin penghujung tahun ni?
wahh.. tahniah tahniah. hahahha

puanstoberi said...

Uih..kena appmt ek skang ni. Last year sy buat di Klinik Kesihatan DBKL kat Jusco Maluri sana. Mudah dan cpt sbb tak ramai org. Cumanya.. bukak pada hari Rabu shj..tp ia spjg ari. Tp seb bek la negeri kita (eh..negeri kita sama kan?) bg kebenaran buat dimana2. Kalo org Kedah..kena la buat kat Kedah sanun.

Nida Shaari said...

DAUN :
Ya kami redha dengan keadaan itu..

RON97 :
Eh, hang tatau ka??

Neway, terima kasih.. terima kasih..

PUANSTOBERI :
Mungkin jugak time tu bukan 'musim' orang nak nikah.. he he he

Alhamdulillah dah selesai pun.. :)

arin said...

owh... cam tu kaaa.. ;)

kosong said...

aku tahu klinik kesihatan tu.

oh aku rindu wangsa maju

Nida Shaari said...

ARIN :
Yaaa... macam tu lah..

NETT :
Sekarang dah berubah macam-macam tau

mya said...

terima kasih untuk entry ini! :)

Nida Shaari said...

MYA :
Apa yang baik kita kongsi bersama ;)

Anonymous said...

boleh saya tanya surat hiv test awak tu ada nmbor siri tak? saya punya tak ada nmbor siri..takut pejabat agama tak terima