Tuesday, August 25, 2009

..::BIHUN ABANG::..

Ramadhan kedua. Waktu baru melepasi jam 7.00 malam. Saya sedang mengupas buah di dapur.

Tiba-tiba kedengaran suara orang memberi salam di luar pintu. Sekali. Saya diam kerana tak pasti kepada siapa salam diberi walaupun yakin kerana jiran hadapan rumah saya berbangsa cina. Kali kedua. Saya jawab salam. Sambil mengintai di sebalik pintu.

"Ni abang saya bagi".

Kata seorang budak perempuan sambil menunjukkan sepinggan penuh bihun goreng yang masih panas berasap.

"Oh, rumah sebelah ek?" Tanya saya terkejut.

Bergegas saya cari kunci untuk buka grill tanpa menunggu jawapan budak perempuan tu. Saya sambut pinggan dan ucap terima kasih.

Dan. Ketawa saya pecah di sebalik pintu yang sudah ditutup.

Apakah?

16 comments:

Ron97 said...

Bihun Goreng jer dik? suratnya mana?


haahahaha

. said...

sedap tak bihunnya.

Unknown said...

Sebab akan dibalas dengan buah yang baru sahaja dikupas itu kan!

Nida Shaari said...

AJID :
Ha ha ha

20 sen!!

NIZAMSANI :
Boleh la.. Agak masin dan pedas

ANUAR :
Eh, mana boleh. Mesti lah kena balas dengan makanan yang dimasak sendiri

Hiks

Amyz! said...

hari ini datang kue tiaw goreng pulak.

dengan surat

dengan no telefon.

eh tak. dengan telefon iphone ke..

baru gempak nak mengorat. :-p

Cik Jah said...

bihun tu hensem tak??? ehh abang la maksud saya....:))

ayobkelubi said...

this is the new style of ngurat.

hoorayyy untuk abang rumah sebelah.

walaupun aku syak bihun tu dibeli di PARAM.

mekasih.

Nida Shaari said...

AMYZ :
Ha ha ha.. Tu lah.. dah lama berjiran nombor telefon pun takde

CIK JAH :
Tiada yang lebih hensem selain cinta hati saya

AYOB :
Dia bukan mengurat lah. Dia sedekah. Dan aku tau memang dia masak sendiri

SHIMI said...

bihun ada makna tu...
tak baik berburuk sangka

Yana Ismail said...

huhu..comel je cara mengurat..

kak, mungkin dia percaya pd yana dh tkr skit proverb ni.patutnya guna man..ahaks..a way to a woman's heart is through her stomach..he he..cayalah;)

Nida Shaari said...

SHIMI :
Maknanya ialah marilah kita selalu bertukar-tukar juadah.. ihiks

YANA :
Ha ha ha.. pandai-pandai je lah korang ni

Kemat said...

pernah kawan aku bagitau kenapa dia suka sangat kat coklat cadbury, sbb itulah hadiah pertama dari pakwe dia..

mungkin, lepas nie bihun lak jadik sebutan..hhaha

tasekM said...

sila balas pula dgn stoberi cicah coklat ye. ha ha.



.

Nida Shaari said...

KEMAT :
aku memang suka bihun goreng. Sebab tu la aku pilih bihun goreng untuk menu MASKARA selama beberapa musim. ha ha ha

TASIK :
Kat celah mana pulak aku nak cari stroberi kak oiii

Mya said...

sedap tak bihun goreng abang tu?

Nida Shaari said...

MYA :
Agak masin. Saya syak abang tu nak kawen kot?

ha ha ha