Thursday, July 30, 2009

..::BELAJARLAH DELETE SENTIMENTAL VALUES::..

Kawan saya yang sedang ingin bercinta cakap saya ni kena belajar delete sentimental values.

Eh, saya pernah apa padam sentimental values. Kan saya pernah cerita dalam entry ini 3 bulan lepas.

Cuma lepas saya padam folder yang saya cipta 2 tahun yang lalu tu, saya wujudkan pula folder lain. Dan folder yang baru ni belum pun sampai 6 bulan dah beratus-ratus kandungannya sehinggakan telefon saya selalu hang. Saya syak memang simpanan yang melebihi kapasiti dan keupayaan telefon menjadi penyebab. Bukan alasan mahu telefon baru semata-mata. Hiks.

Berfikir sejenak. Mungkin ada benarnya kata-kata kawan saya tu.

Jadi, pada pagi ini perlahan-lahan saya mula memadam kenangan-kenangan yang saya rasakan tetap akan terpahat di sudut hati saya walaupun sudah tidak disimpan di dalam mana-mana storan.

12 comments:

asuhara sue said...

tapi, bak kata Asmidar ( Ali Setan) tu- "semakin cuba melupakan semakin terbayang di ruang mata" hik!

Kay said...

oh ya... sy ada terdaftar MLM... utk mulakan modal, kalu takde cash, dia mintak kita gadaikan brg kemas... katanya "sentimental value nih saja jek kita cipta, padahal takde apa pn pd barang kemas tu, yg ada pdnya ialah duit utk berniaga"

suka ati laa, gelang sy tetap sentimental value utk sy...

Unknown said...

Orang di sana, "Kau kejam!!!"

Haha

Amyz! said...

Jgn terlalu bergantung kepada frasa

"Kita sandarkan pada kenangan.."
*Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud pun berpeluk-peluk dan terlari-lari. Haha* Masuk pulak scene Azura kat sinih~

Saya pernah ada satu kotak berlabel sentimental values.

Dalam tu ada tiket bas, tiket wayang, tiket genting, kad-kad, bungkusan2 coklat ferrero rocher, entah-hapa-hapa-sampah-lagi. Cuti semester tahun lepas, saya nekad buangkan semuanya.

Hidup untuk hari ini, sekarang dan masa depan. Ciptalah kenangan baru manis dan pahit yang boleh diceritakan untuk anak cucu, dan untuk ditertawakan bersama kemudian hari. :-)

*Wah.. matangnya komentar saya kali ini.. Haha.*

Nida Shaari said...

ASUHARA :
Tetapi, saya bukan sedang cuba untuk melupakan.

KEHELAN :
Eeerrr.. Ni nak ajak akak MLM ke ni?

Har har har

ANUAR :
Kejam lagi bila nanti tiba-tiba saya hulurkan kad jemputan.

ha ha ha

AMYZ :
Wah!! Sangat matang. Sesuai dengan status kamu sebagai isteri.

Hmmm.. Tapi saya tak simpan pun barang-barang tu. Saya cuma simpan SMS.

ymn said...

SMS = semalam masih segar agaknya lah

Kay said...

kak Nida... jgn bimbang, sy tak suka MLM! so sy pikir org lain pun camtu jugak! :)

tasekM said...

aku jarang simpan benda2 yg bersentimental-value. barangkali hati aku kering gamaknya. ha ha.


.

Nida Shaari said...

YMN :
Mungkin juga saya masih sayang.

KEHELAN :
Hik hik.. prejudice kah kita?

TASIK :
Aku pun syak perkara yang sama

SHIMI said...

seronok apa menyimpan kenangan. Kadang2 susah nak delete...

Mya said...

biarkan tersimpan nun jauh. di sudut hati yang paling dalam..

Nida Shaari said...

SHIMI :
Sebagai contoh macam SMS, bila dibaca semula boleh bikin senyum sorang-sorang.

ha ha ha

MYA :
waaah.. dalamnya maksud itu..