Friday, June 12, 2009

..::ZOOM MALAYSIA - SABAH SIRI IV::..

Ok saya mahu habiskan cepat-cepat cerita tentang Sabah. Minggu depan perlu datang dengan kisah yang baru. Hmmm kalau ada lah.

Untuk balik ke Kota Kinabalu, kami masih menggunakan jalan yang sama untuk datang tempoh hari. Alhamdulillah perjalanan kali ini amat lancar.

Sepanjang jalan turun ke KK kami singgah di dua tempat. Satu di Gunung Alab Resort yang kami singgah sewaktu naik tempohari dan satu lagi di Masakob Waterfall. Tapi Masakob Waterfall ni tutup sebab hari minggu. Jadi kami ambil gambar di luar pagar sahaja.



Sampai di KK menjelang tengahari. Terus ke Kinabalu Daya Hotel untuk daftar masuk. Kemudian kami keluar semula untuk ke Papar. Pergi rumah kawan pejabat kami.



Perjalanan dari KK ke Papar terasa seperti perjalanan di Port Dickson. Menyusur pantai dan ada resort dan rumah-rumah yang macam di Port Dickson. Dan saya rasa penduduk Papar sangat sukakan warna oren kerana kebanyakan rumah di sana dicat dengan warna berkenaan. Begitu juga dengan rumah kawan saya itu.

Keluarga kawan saya bawa kami makan di sebuah restoran di Pekan Papar. Tak ada gambar juga sebab kami semua kelaparan. Saya makan nasi goreng seafood yang sangat banyak kuantitinya. Alhamdulillah sedap dan habis juga saya makan.

Selepas balik dari Papar, aktiviti diteruskan dengan menjelajah bandar Kota Kinabalu. Mungkin hati saya sudah tidak sabar mahu balik ke Semenanjung, jadi tidak banyak gambar diambil menjelang hari-hari terakhir di Sabah.



5 hari 4 malam berada di Sabah memberi banyak kenangan. Saya mahu berlama-lamaan di Sabah. Tetapi hati saya juga meronta-ronta mahu kembali ke Semenanjung. Jadi, mungkin jika ada rezeki saya akan kembali ke Sabah. Untuk siri percutian yang lain pula.

6 comments:

haikal said...

penduduk papar juga suka kan buah oren..saya kira, dan mungkin perkiraan saya tidak salah, saya yakin

Unknown said...

Entri ini sudah menjadikan aku cemburu!!!

*Tak pernah jejak kaki di Sabah.

Nida Shaari said...

HAIKAL :
Kamu orang Papar ka? He he he

ANUAR :
Mungkin kamu sudah pergi ke tempat yang saya belum pernah jejaki.

Jika ada, saya juga akan berasa cemburu

Mya said...

saya suka KK. ada rezeki, saya juga ingin kembali ke sini.. :)

Nida Shaari said...

MYA :
InsyaAllah.. usaha tangga kejayaan..

ezham said...

Masa tugasan aku di Sabah, (Kota Marudu) aku sempat dua malam di KK. Food are heaven. Hotel pun nice even aku check in budget hotel je. aku stay kat High Street Inn. rm70 semalam tapi biliknya mengalahkan hotel 3 bintang di KL. Nasib masa pergi belum gaji. kalau tak sure banyak beli souvenir. Rindu dengan Sabah.