Friday, May 29, 2009

..::KERANA PERSALINAN::..

Dalam perjalanan pulang dari pejabat petang tadi, saya terserempak dengan seorang staff bertaraf makcik yang dipanggil kakak di pintu lif. Kami berbalas senyum. Dan, dia menegur saya.

"Cantiknya baju. Macam baju bertunang" Sambil merujuk kepada baju kurung biru polos berkerawang 4 inci di hujung lengan dan hujung baju yang saya pakai.

"Ooo.. Saya buat baju ni memang cadangnya nak pakai bertunang. Lama dah buat. Tahun 2002. Saya start pakai lepas tahun 2004. Lepas putus cinta." Saya membalas mudah sambil tersenyum.

"Kan.. saya tengok pun dah boleh agak.." Balasnya kembali dalam nada gembira kerana tekaannya betul.

Saya. Hanya tersenyum kembali sambil mengucap selamat apabila beliau keluar di tingkat 32.

Ya. Ia tentang bagaimana kita menegur seseorang berkaitan sesuatu isu, situasi dan keadaan.

Dan. Saya tidak kisah sama ada kamu mahu tegur cincin, baju, kasut, beg tangan atau lebih jauh menegur saya yang kelihatan seperti mengandung sebulan ini. Tetapi, mesti kena pada gaya dan caranya.

Mudah kan?

6 comments:

@LiYaNNuaR ツ said...

yup... stujukkkk!

paiseh said...

tak sume org bulih buat gitu... hebat lah makcik tu!

Precious said...

Pengalaman mengajar kita segalanyer ...

Nida Shaari said...

@LIYA :Eerr.. Setuju dengan kakak tu ke setuju dengan saya?

PAISEH :Tak semua orang boleh menjadi seperti saya.. ha ha ha..

Dan saya juga adalah hebat!! :p

PRECIOUS :Ya, terpulang kepada diri sendiri mahu ambil pengajaran atau pun tidak daripada semua yang pernah dilalui..

Mya said...

mmg mudah. kita je yang selalu jadikan ia sukar.. :)

Nida Shaari said...

MYA :Memang kita je yang kadang-kadang suka buat sesuatu tu kelihatan sukar.