Tuesday, March 24, 2009

..::CONFESSION OF A SHOPAHOLIC::..

Ok. Bila saya kata sudah insaf dan tidak mahu lagi membeli-belah, maknanya saya tipu. Tapi ia cuma tentang diri saya. Tiada kaitan dengan orang lain. Dan saya cuma menipu diri sendiri.

Saya sangat suka membeli belah. Aktiviti ini cuma akan berjaya jika disokong oleh sumber kewangan yang baik. Suka membeli belah tapi tak ada duit, tak guna. Ada duit, tapi terhalang untuk membeli belah pun, tak guna juga. Ha ha ha. Jadi, biarlah ia seimbang. Barulah itu dinamakan kehidupan.

Baru-baru ni saya berjalan-jalan di Mid Valley. Sebenarnya mahu tonton wayang saja. Atau mungkin ada sedikit perasaan mahu cari kasut. Sedikit saja. Sebab perasaan yang banyak ialah saya bercadang mahu tempah saja mengikut saiz kaki saya. Cuma sudah ditakdirkan begitu, Vincci ada apa yang saya mahu. Kredit untuk Ika sebab tolong pilih kasut-kasut ini.



Kasut-kasut di Vincci tidaklah mahal jadi tidak menjadi masalah untuk beli 2 pasang serentak. Malah ia adalah setara dengan harga sepasang kasut yang ditempah. Maka, buat masa ini saya sangat berpuas hati. Cuma, suatu hari nanti saya tetap mahu pakai kasut yang ditempah khas mengikut keinginan dan saiz kaki saya.

Sebagai seorang yang gemar membeli belah, saya mahu cari beg tangan warna hitam dan beg tangan warna coklat/cream serta sepasang kasut hijau pula untuk dipadankan dengan koleksi saya. Ya, kasut dan beg tangan mesti sedondon.

8 comments:

asuhara sue said...

shopping tu terapi tu...
hehehe..
saya pun dah berkenan sangat2 kat 1 handbag tu, cuma jenamanya ada dlm senarai boikot pulak!

Cik Jah said...

hohhh perempuann perempuan....smbil geleng2 pala...
pangggg...tiba2 sedaq diri aku pun perempuan yg mempunyai minat yg sama hik hik hik...

Mya said...

kami setuju. kasut dan beg perlu sedondon ya.. :p

Nida Shaari said...

SU :
Gaji nanti jom shopping sesama.

CIK JAH :
Minat, keperluan, kehendak kena seiring tau.

Kalau tak nanti hang meroyan

MYA :
Ahaks.. Tapi kadang-kadang kami belasah je..

Anonymous said...

yeay! i ada citarasa yang best, untuk orang lain saja but not for self. ha ha.
not yet.

tasekM said...

bagus la kau nida. aku pulak tak pernah untuk menyedondonkan beg dan kasut. aku hantam saja. ha ha.



.

Nida Shaari said...

IKA :
Hoh ayat sentap kah itu??

TASIK :
I kerja pejabat.. Jadi mesti la tampilkan imej yang menarik..

Kalau biasa aku lagi suka pakai selipar jepun.

jajazuzu said...

kena sedondon ke?

tapikan...
sayakannn....
kalau nmpak org pakai beg dgn kasut kaler sedondonkan....
saya mesti..

senyummmmm je...

knapa ntah

=)