Tuesday, February 03, 2009

..::PUJAAN 10::..

Semakin hari semakin ramai orang telah 'mengetag' saya. Untuk mengelakkan ia semakin bertambah, maka saya perlu menyelesaikan mana-mana tag yang sudah tertangguh.

Hari ini saya mahu menjawab tag daripada Mya. Tahun lepas lagi tag ini. Baru ini saya berkesempatan untuk jawab.

Saya namakan tag ini sebagai Tag Pujaan 10 kerana setiap satu kita perlu senaraikan sebanyak 10. Banyak ok. Tapi jawab juga lah.

Katanya:
#01 : Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 perkara berkenaan orang yang mengetag. Maka saya perlu tulis 10 perkara mengenai Mya.

* Sudah kenal sejak tahun 1995
* Satu sekolah dengan saya, satu Poly dengan saya dan kami pernah serumah masa praktikal
* Orang Taiping tapi pernah sekolah di merata-rata tempat
* Pencinta merah jambu
* Anak nombor 2 daripada 3 beradik
* Ada anak dara yang petah nama Yasmin
* Pernah jadi kakitangan Kerajaan
* Pernah sambung belajar tapi berenti sebab alahan mengandung yang teruk
* Seorang kawan yang sangat mudah: Kalau kita jemput/ajak pergi mana-mana, kalau boleh dia akan cakap boleh. Kalau tak dapat dia beritahu juga. Tak ada main tarik-tarik tali.
* Suka pergi melancong

#02 : Orang yang kena tag, tulis 10 perkara mengenai diri sendiri

* Anak nombor 9 dari 10 orang adik beradik
* Ahli keluarga lain semua sudah berkahwin kecuali saya
* Masuk tahun ke-9 jadi Kakitangan Kerajaan
* Suka sangat warna hijau
* Suka memasak
* Suka tonton tv
* Suka semua jenis seni
* Takkan ulang pakai baju dalam tempoh yang dekat
* Pakaian di dalam almari disusun dengan lipatan/jarak hanger yang sama. Dan akan pakai ikut turutan: kalau baju bergantung pakai yang paling kanan dulu dan kalau yang berlipat akan pakai yang paling bawah dulu
* Bila travel pakaian yang dibawa akan diisi dulu dalam plastik berasingan mengikut jenis baru masukkan dalam beg besar

#03 : Pilih 10 orang untuk jawab tag ini. Senaraikan

* Cik Puan Daun
* Darekampo - Awak suka kena tag kan?
* Cik Jah - Jangan malas buat kerja sekolah tau
* Atiqah
* Ika - Sorry beb. Aku belum jawab tag kau dulu. Tapi aku nak juga tag kau.
* Cida
* Ah Nett
* Naga - Daripada kau tulis tak ada apa-apa untuk dipaparkan baik kau jawab tag ni
* Kak Pnut
* Tok Rimau

#04 : Tidak boleh tag semula

Selamat menjawab!!

14 comments:

Anonymous said...

alahai...

Mya said...

akhirnya terjawab sudahh.. :D

Nida Shaari said...

PO :
Alahai... macam gaya tak nak jawab je tu

MYA :
Ahaks.. Sebenarnya dah lama dok dalam draft.. hari ni baru dapat siapkan..

Ron97 said...

cik kosong tu,
jgn haraplah dia nak jwb..
hahaha

Unknown said...

Apa implikasi sekiranya tidak menjawab tag ya?

Anonymous said...

hambui hambui ron97 tu.
sempat lagi mengutuk aku kat sini.
hahahha

aku akan tiru ko. amik setahun untuk membuat tag ini.

hahhaa

paiseh said...

gua syak lu ni memang pesen teliti tahap mikroskop neh...

Nida Shaari said...

RON97 :
Ha ha ha..

ANUAR :
Tiada implikasi yang besar. Cuma mungkin kawan yang 'mengetag' sedikit berkecil hati.

Entah la.. Saya tak kisah pun sama ada mereka mahu jawab atau tidak.

AH NETT :
Ron97 tu memang camtu. Kalo tak kutuk orang, tak sah

PAISEH :
Ha ha ha.. Tak ada lah.. Saya manusia biasa saja

Unknown said...

Oh ya? Saya pun banyak tag tidak berjawab lagi. Rasa bersalah juga, tetapi tidak terdaya menjawab tag.

tasekM said...

nida, tag hr tu aku tukor kepada yg ini bulih tak? hahahaha....



.

Nida Shaari said...

ANUAR :
Mungkin satu hari nanti sekadar mahu menulis sesuatu yang ringan di blog - menjawab tag adalah jalannya.

TASIK :
Ha ha ha.. ikut suka hati ko la makcik

Cik Jah said...

tiba2 saya rasa nama saya bukan cik jah tp nama saya siti norhaliza..hahaha bley?

A t i Q a h said...

Ya ampun. Tak perasan namaku ada di situ. Double tag ni. Erkk.

Nida Shaari said...

CIK JAH :
Eh, bukan nama awak yang lain ialah Sophea Lorren ka?

Ha ha ha

ATIQAH :
Owh. He he he..