Thursday, January 08, 2009

..::TAK MASUK TELINGA KANAN MACAM MANA NAK KELUAR IKUT TELINGA KIRI::..

Pagi tadi. Ada perhimpunan. Di bangunan lama yang jadi pejabat baru. Pak Menteri mahu beri amanat. Sempena kedatangan tahun baru.

Kami. Beratur beramai-ramai. Mengikut agensi. Persis zaman sekolah. Yang penat, pergi duduk di tembok belakang. Datang 'pengawas' tegur minta bangun kerana Datuk di depan nampak kelibat siapa yang duduk.

Dan. Bila berkumpul ramai-ramai. Jumpa kawan-kawan dari agensi lain. Apa yang Pak Menteri cakap di depan satu pun tidak didengar. Sehinggalah ucapan "Sekian, terima kasih."

Semua tepuk tangan. Lalu, berduyun-duyun pergi makan. Kemudian balik pejabat masing-masing.

Ha ha ha

7 comments:

Unknown said...

KPM ya?

Nida Shaari said...

ANUAR MANSHOR :
Tak lah.

He he he

Kay said...

ehehehe... ingtkan budak2 sekolah kerajaan jek camtuh... pegawai kerajaan pun camtu gak... ehehehe... lawak laa akak nih!

paiseh said...

gua seklah dulu pun bleh duduk time esembly...

Nida Shaari said...

KEHELAN :
Pegawai Kerajaan ni dah banyak sangat disogokkan dengan kerusi empuk dan bilik berhawa dingin. Sesekali kena berdiri mana tahan kaki.. ooppss

PAISEH :
Lu duduk sambil main pasir ek?

Ron97 said...

katakan hang tak tak jumpa member2 tu semua..
hang dengar jugak ke?
:P

Nida Shaari said...

RON97 :
Ha ha ha

Hampeh!!!!