Thursday, October 09, 2008

..::HARI-HARI SEBELUM RAYA::..

Saya balik kampung agak awal. Sebelum raya haritu. Jadi, daripada duduk sahaja baik saya buat perkara yang berfaedah.

Dengan kerjasama beberapa orang kakak yang lain, maka inilah hasilnya.



1. Adunan chocolate chips.
2. Lungguk saja. Rupa tak berapa cantik. Tapi rasa sedap mengalahkan biskut chipsmore.
3. Itu saja gatal nak tunjuk langkah-langkahnya. Maklum la pertama kali nak buat biskut sendiri. Harus teruja lebih.
4. Adunan sampret
5. Sampret yang dah jadi. Comel kan?

Oh, sebelum tu di KL saya dah buat biskut ini. Balang tinggi tu untuk tempahan orang.



Siapa yang nak rasa biskut-biskut tu, jemput la datang beraya ke rumah saya. Kalau permintaan menggalakkan, tahun depan saya buka tempahan umum.

Ha ha ha..

Ok. Berbalik kepada cerita di kampung.

Dah lepas berpenat lelah buat biskut raya, misi di dapur diteruskan dengan persediaan untuk juadah berbuka puasa pula. Banyak tangannya, banyak la yang boleh buat.



1. Sebelum. Hidangan tersusun elok saja.
2. Selepas masuk waktu. Semua serbu. (budak yang nama Hanany tu pun sibuk juga nak makan)

Untuk makluman, kuih hijau dalam gambar itu ialah salah satu kuih orang Banjar. Namanya penakok. Nak buat kena pakai air perahan daun pandan yang original. Kalau setakat pakai perasa dan pewarna pandan, memang tak jadi. Mak saya memang cukup handal buat kuih ni. Termasuk kuih-kuih lain juga.

Dan. Di situlah kegembiraan bagi mereka yang berpuasa dan menghayati maksudnya.

Nanti. Kita sambung pula dengan cerita raya.

7 comments:

Mya said...

biskut cornflakes ka yg hangpa buat tu?

addyaholix said...

Setiap kali balik kampung aku mesti bawa kuih sama.

Tapi bukan aku yang buat. Semua Maklong Biah, Makcik Senah dan Kak Jan yang buat.

Maklong Biah, Makcik Senah dan Kak Jan adalah peniaga-peniaga yang aku jumpa disepanjang jalan TAR !

tasekM said...

engkau ni kan... buat mende pun semua jadi... ni yg aku nk jeles nih... :p

Nida Shaari said...

MYA :
A'ah. Tu cornflakes madu.. Ater udah madulebah kan.. ha ha ha..

Nak tempah ka?

ADDY :
Lelaki apa kisah bawak balik biskut tunjuk aja..

Janji ikhlas

TASIK :
Kata nak offer adik lelaki kau?

Ada berani?

Ha ha ha

Feeyona said...

kakak nida,
tahun ni takde biskut konpleks di rumah saya.
mintak poskan untuk saya boleh?

itu biskut kegemaran ku

dugongsenyum said...

"Mak saya memang cukup handal buat kuih ni."

mmm... aku berulang-ulang baca di antara garisan. HAHA

Nida Shaari said...

NETT :
Sila bank in duit dengan nilai yang sepatutnya untuk urusan pengeposan ke seberang laut itu ya adik Nett.

Nombor akaun ada kan? Kalau tak ada sila google nama kakak Nida

DUGONG :
Errkk!!

Ada kesalahan tatabahasakah di situ?