Friday, July 25, 2008

..::PINJAMAN::..

Segala yang ada di dunia ini tiada yang kekal. Melainkan Allah.

Cuma, bagaimana segala pinjaman itu dikembalikan, tiada siapa yang tahu.

Di dada akhbar semalam, ada berita tentang seorang bapa yang membunuh diri selepas meracun 2 anak kecilnya. Entah ke mana hilang nilai kemanusiaannya. Kasihan si ibu yang melahirkan anak itu. Apa lagi yang tinggal?

Kata seorang teman lama, dia menangis teresak-esak membaca berita berkenaan.

Semalam juga, diadakan satu majlis tahlil di pejabat. Baru-baru ini seorang pegawai kehilangan anak. Akibat masalah jantung. Ketika memberi sepatah dua kata, dalam esakan beliau memohon agar rakan-rakan di pejabat membantunya. Mengembalikan kekuatan. Keyakinan. Sehingga kini beliau masih belum mampu untuk meredhakan pemergian itu sepenuhnya.

Berbicara dengan teman sepejabat selepas tahlil, katanya pegawai berkenaan telah 2 kali kehilangan anak. Dan setahu aku beliau cuma ada 2 orang anak perempuan. Jika ini kali kedua bermakna tiada lagi yang tinggal.

Kembali berbicara dengan teman lama. Katanya, jika dia berada dalam majlis itu, dia juga pasti akan mengalirkan air mata.

Aku. Mungkin kerana belum punya anak, tahap sensitiviti terhadap isu ini agak kurang.

Namun aku tahu segala yang ada di dunia ini tiada yang kekal. Melainkan Allah.

Cuma, bagaimana segala pinjaman itu dikembalikan, tiada siapa yang tahu.

13 comments:

rudy bluehikari said...

bila dah ada anak nanti baru tahu apa yg dirasa mereka.

KiMi said...

Pinjaman pula kalo tidak dibayar, bole disaman dan kemungkinan dikenakan writ penyitaan dan penjualan...hahahaha..

Nida Shaari said...

RUDY :
Sekarang cuma ada anak tekak. Rasa perit kalau batuk

KIMI :
Ha ha ha.. aku bayaq la ni.. :p

Layla Haq said...

Madu, pagi tadi saya baca buku. seperti selalu-selalu. bezanya, pagi tadi semasa dalam basa saya baca kumpulan cerpen penulis N.Sembilan. ada karya tentang anak dan janin yang digugurkan. Perjalanan mereka melepasi rahim ibu secara paksa. Perjalanan mereka dikafankan, dimandikan dan perjalanan mereka ke syurga. Sangat menyentuh.

Dan air mata tertumpah.

Amyz! said...

Tentang anak, aku paling sensitif. Huhuhu.. :-(

Kaktiny said...

betullah.. cara pinjaman itu dikembalikan yang buat kita kena doa bebanyak sebenarnya... (insaf plak rasa - nak nak plak masa baca ni tak kuar rehat.. org tgh solat jumaat...)

tasekM said...

anak... aku hanya ada 1... br 1...

hilang? tak dapat aku bayangkan...

Tok Rimau said...

engkau dipinjamkan kepada aku.
aku dipinjamkan kepada engkau.

Amiene Rev said...

Hayakallah,

Anak adalah pinjaman Tuhan,
sebelum itu, pandai-pandailah menjana modal.

j.a.r.i. said...

sptnya ku tahu siapa gerangan yg dimaksudkan..
ibarat jatuh ditimpa tangga...

Nida Shaari said...

BAYAN :
Naluri keibuan awak memang kuat.

AMYZ :
Aku, bergantung kepada keadaan.

KAK TINY :
Cuma kadang-kadang kita rasa sesuatu tu boleh dielakkan daripada berlaku seperti itu

TASIK :

InsyaAllah. Ada rezeki tambah lagi.

TOK :
Kita ni saling pinjam meminjam

AMIENE :
Eerr modal untuk bayar balik pinjaman ke?

FAIZAH :
Sama-sama la kita kirimkan doa..

up on my forehead said...

hmm aku takde anak but aku baca that news about that guy. sangat2 sedih. actually aku selalu marah2 bila mak atau bapak atau datuk atau sape sajalah yang boleh dera kanak2 and sampai tahap membunuh nieh.

ok, aku takde anak tapi marah anak2 sedara pun kadang2 aku wary kot2 abusive kehapa ke tuh baru marah, belum sentuh lagi, kalau sebat, cubit, rotan, kuti pun aku dah rasa bersalah so macam mana dorang boleh tergamak berlebih2an buat kanak2 macam tuh?

-ika-

Nida Shaari said...

IKA :
Anak saudara aku ramai sangat.

Kalau yang dah melampau sangat tu, aku pukul kan aje

Ha ha ha.

Tapi yang sampai bunuh tu, memang melampau