Tuesday, July 22, 2008

..::NOSTALGIA '90an : KAD NAMA::..

Siapa yang dah bersekolah sekitar tahun 90-an mesti ingat tentang perkara ini.

Kad nama gambar pemandangan, artis Hong Kong, perempuan komik manga bermata cantik dan bermacam-macam gambar lagi.

Seorang kawan yang bertindak sebagai agen akan mengedarkan katalog. Tebal lipatannya. Penuh gambar untuk dipilih. Berkenan. Isi borang. Tulis nama, alamat, tarikh lahir juga kata-kata yang dipilih sebagai pegangan hidup.

Katanya kena cari ramai lagi. Kalau tidak, tak boleh pos borang ke Kuala Lumpur untuk tempahan.

Maka masing-masing cari lagi kawan yang mahu tempah kad. Tapi tak apa, seorang boleh tempah sampai 2 - 3 jenis gambar. Cuma kena korek tabung lah untuk bayar.

Sekali kita tempah, nanti kad yang diterima juga disertakan dengan katalog dan borang. Maka kita pula akan bertindak sebagai agen. Baru sedar, rupa-rupanya kecil-kecil lagi dah pandai bina jaringan perniagaan. Macam MLM gayanya.

Siapa yang dah bersekolah sekitar tahun 90-an mesti ingat tentang perkara ini.

Kad tu senang dibawa ke mana-mana. Kalau pergi lawatan sambil belajar ke IPT, beri saja kad comel gambar doraemon itu kepada abang yang minta alamat dengan alasan mahu jadikan kita adik angkat. Kan awak, kan?

20 comments:

Anonymous said...

ha ha ha ha

entah di mana budak itu sekarang eh?

tasekM said...

ha ha.

betul la nida. aku pun ada kad gitu.

comey2 gambar dia kan...

Lily Abdullah said...

Nida,

Akak tua sikit. Tak de kad tu. Kami main tukar-tukar alamat.

Lepas tu, tunggu abang posmen datang hahaha!

up on my forehead said...

sesekali aku boleh komen bila online melalui pc.

tahniah diatas kejayaan anugerah cemerlang (ke aku dah wish?? ke hah? malas nak check dah komen ke belum haha!).

kenapa aku ingat book hotel untuk birthday kau? baru aku terfikir mungkin untuk kejayaan dapat anugerah ni kan?

dan aku ingat, kad2 nama tuh, walau pun aku sekolah setakat sampai awal 90'an jer!

-ika-

Nida Shaari said...

PO :
Ha ha ha..

Entah-entah dia salah seorang pembaca blog awak

TASIK :
Aku rasa semua orang yang umur dekat-dekat kita pernah ada kad tu

KAK LILY :
Lepas tukar-tukar kad tu pun, kami tunggu abang posmen juga.

Best la teringat zaman berpen-pall dulu

IKA :
1. Thanks a lot. Kau belum wish la.
2. Birthday aku sebelum raya nanti. Konon-konon la hari tu nak hargai diri sendiri kan.
3. Benda ni popular memang sekitar awal 90an. Eh, kat Singapore pun ada? Ke kau sekolah kat Johor?

ha ha ha

Ron97 said...

aku rasa kalau aku cari kat tingkat atas umah aku, mesti aku jumpa balik kad aku yang masih belum habis lagi. hahaha

Kaktiny said...

wah.. ko mengimbau kembali nostalgia silam..

aku pun ada kat cenggitu.. tapi 'berlagak' nak mampus.. bagi kat 'only selected' person jer.. (yang sebenarnya.. takdak duit nak tempah byk2 kad.. hahahaha)

Nida Shaari said...

RON97 :
Ha ha ha..

KAKTINY :
Sekali sekala mengimbau kak..

Ye ar kalau nak macam-macam gambar kena korek tabung la.

coklat~vanilla said...

muahahahaha! sangat2 ingat.siap korek tabung nak bayaq duit wat kad tu. masa tu dok minat artis hongkong,maka gambar pilihan adalah artis yg diminati. u know what? ujung thn lps masa kemas2 kotak simpan barang2 lama, terjumpa beberapa keping kad yang dibuat masa thn 1992..sangat nostalgiaa

rudy bluehikari said...

tetiap tahun dpt anugerah cmrlang tapikkk xpenah dpt naik pentas lagiks.ekekeek

wah kad nama tuh org slh sorg agen! mmg buat duit kecil2an...

Amyz! said...

Ye ye. Aku ingat. 2 ringgit dapat 12 keping kad nama.

Hakhakhak!!

Comel tuuuuu...

Amyz! said...

Lupa satu lagi. Kalau dapat 12 orang. Agen dapat free 24 kad dengan design yang cantik lagi dari orang lain.

Hahahahaha.


ps : aku salah seorang agen. Hahaha.

up on my forehead said...

ha ha ha.singapore pun adalahhhh seantero dunia adaaaaaaaa err betul ke seantero dunia? hahahaha

tapi yg pasti, satu dunia adaaaa

OP Zaharin said...

aku sekolah tahun 80an.
dah ada jugak kad-kad gitu.
ada jugak buat 1 set. ha ha ha.
ampeh jek.

Nida Shaari said...

CEM :
Ha ha ha.. zaman tu memang popular artis Hong Kong. Andy Lau misalnya.

Akak rasa dalam kotak kat kampung pun mesti ada lagi. Err itu pun kalau tak dimakan anai-anai lah

RUDY :
WOW! Hebat!!

Rasanya semua orang pernah jadi agen

AMYZ :
Ha ha ha.. Dasyat siap ingat lagi terma dia..

IKA :
Masa dulu aku belum terdedah dengan dunia luar. Orang kampung seh. ahaks

OP :
Tapi masa kau mengorat awek kat Benteng, kau tak bagi kad tu kan?

ha ha ha

Mya said...

oh, kami igt kisah kad2 kecil itu. sangat comel! dan semua berebut2 nak tempah. kalau ada lagi di zaman ini, molek jugak ditempah satu kan?

cik puan daun said...

Kat atas kad tu akan ada ayat-ayat spt: Absence makes the heart grows fonder ataupun.. Forget Me Not.. Ahahaha

CIda said...

aku igt kad2 tu tapi aku x penah buat sbb ntahla.. x cukup duit kot. haha. aku x penah jadi agen. hoho

.cida.

j.a.r.i. said...

pernah ada.... :)

Nida Shaari said...

MYA :
Sekarang zaman dah berubah.. dah maju..

DAUN :
Ha ha ha..

Time tu jenuh selak majalah nak cari kata-kata best

CIDA :
Waa bagus la hang. Tak mudah terpengaruh dengan trend semasa

Ahaks

FAIZAH :
Eh, zaman awak pun ada lagi ek?